kawan kawan Kak Zu

Monday, December 26, 2011

dandan rambut anak pompuan...

takyah karang panjang2 lah yer.kita tengok gambar cukup.pastu tulis sikit2 kat bawah gambar tu.aku banyak kerja skrg ni.nak jait baju sekolah anak.ni pun curi2 tulang dok kat depan pc.


awal awal cuti sekolah hari tu Si Anis dok mengamuk suruh buat dendan kecik kecik kat rambut dia..so sebagai ibu yang amatlah penyayang aku pun bertungkus lumuslah kelebek kepala anak walaupun si ibu ni punyalah banyak kerja kat dapur nak kena buat


setelah penat bertungkus lumus sampai lenguh ketiak sbb tangan dok terangkat ,akhir nyer siap jgklah rambut ala ala negro ni .



tengok muka budak suka dapat rambut ala ala rambut org afrika ni..nasib baik kulit cerah klu gelap sebijik anak negro.hehehehe



lepas buat kat anis kena buat kat rambut dekna pulak.di sebabkan rambut dekna panjang dan si ibu dah pun lenguh ketiak maka ibu buat rambut bahagian atas sahaja.bahagian bawah tu dah tak larat nak dendan dah.



dekna bangga kerana pada pandangan nyer rambut dia lebih cantik dari rambut anis.




pastu anis ni paksa ibu bukak balik rambut dia biar jadi serupa rambut dekna.panas hati tau klu kita penat2 buat sampai lenguh ketiak,tiba2 dia mengamuk suruh bukak balik.





buah hati pengarang jantung ku.sedang sibuk dengan laptop ayah.

Saturday, December 24, 2011

perut

baju biru perut bapak

baju merah perut anak

kedua dua lelaki kesayangan

dalam hidup aku..

-

-

-

-

-


cuti sekolah ni tak sempat nak buat entry baru

malas nak berebut rebut komputer dgn anak2

aku kan mak

mak mestilah kena beralah...

huhuhu...

Tuesday, November 29, 2011

tido beramai ramai..

korang nmpak meriah tak tilam dlam bilik tido ni.nilah penangan cuti sekolah + pak megat kat laut.anak anak adalah super duper happy sbb boleh menyelit dalam bilik aku nih.masa aku amik gambar ni malam adalah masih awal lagi.anak2 dah ready parking tilam bantal siap2.pastu depa p tengok tivi dan layan game kat komputer.

ni semua anis humaira punya kerja.dia tidur atas katil ngan aku.selimut tu baru beli.tu yang beria ria bentang penuh 1 katil.dia ndak aku selimut ngan dia sekali.dia tak tahu ker yang ibu dia ni hanya boleh kongsi selimut ngan apak dia jer.ngan anak2 sory.tak besttt..hehehe




ni pulak tilam hak milik nurliana amira.selimut tu jgk baru beli.dia parking kat tepi katil sebelah almari baju.tu awal2 elok ler dia punyer sarung tilam.esok pagi aku tengok terlondeh habis sarung tilam tu.selimut tu pun dah lepas ke hujung kaki dan baju tido pun terselak sama. sampai nmpak spender.suruh pakai seluar panjang xmo tu lah padah nyer.nasib ibu bangun awal dari anak2 boleh tolong tutup balik spender yang terdedah tu.




yang hujung kaki aku ngan anis ni adalah tilam budak jantan demok tu.ntah kenapa asyik ndak tido sebilik ngan aku jer sejak cuti sekolah ni.mungkin dia ada nengok cerita seram kot.selimut yang kaler hijau kuning tu pun baru beli jgk.beli 3 sekali gus.cuma kakak saja tak beli selimut baru sbb kakak punyer masih baru lagi.almaklumlah balik sekali sekala,jadi lambat lah nmpak buruk nyer.aku relakan jer budak demok tu tumpang tido bilik aku sbb tahun depan dia kan nak duduk asrama. aku kasi can bagi dia bermanja puas puas ngan aku.al ala bucuk bucuk ibu tu...



Merah yang menyibuk sama.dia boring sebab anak2 dia semua kat dalam sangkar.jahat sangat padan muka kena kurung awal2 dlam sangkar.kalau lepas bebas  meragas merata rata.bukan setakat atas sofa bawah meja jer buat tempat bermain, atas tudung saji  aku pun diaorang bantai  berkejar kejaran jgk.



bila tanya kenapa semua nak tido bilik aku.pakat bagi alasan bilik ibu ada aircorn.padalah aku jarang pasang pun.dah sekarang ni musim hujan. nak terkancing gigi kalau on aircorn.dah tu pulak asyik lah nak berulang kencing.


sementara pak megat masih lagi kat laut ni boleh lah anak2 riang ria bergurau senda tido dalam bilik ibu yer.minggu depan 8 hb sila masuk bilik masing masing.sekian wassalam...hehehe

Friday, November 25, 2011

entry sakit hati

apa salah pokok pisang ku

korang nampak tak batu bata seketul tu.tu bukan kubur anak burung si angah.tapi tempat aku tanam anak pokok pisang.2 minggu lepas ada kawan kat rumah lama bagi anak pisang kebatu.so..aku ngan pak megat pun gigih ler korek lubang walaupun dlam hujan renyai renyai.niat di hati senang lah nnti kalau aku nak bakar ikan tyah beli atau mintak kat rumah rumah org daun pisang.kalu nak buat lepat pun boleh eceh eceh..seumur hidup tak pernah buat lepat sendiri,ada hati nak buat lepat.wey... betullah apa aku cakap ni.aku nak belajar buat lepat pisang tau

ok...pastu korang nmpak tak rumput yang kuning2 tu...iyer,,rumput kuning sedangkan kot lain rumput hijau kan.haaaa..aku nak cerita yang pokok pisang yang aku ngan pak megat tersayang (sempat lagi tu) tanam tu dah kena racun.mangkuk mana yang racun aku rasa macam aku tahu jer siapa..pokok pisang aku tu baru keluarkan daun selai.masa kawan aku bagi tu dah ada selai daun dia.so..campur2 dah ada 2 lai ler...hari hari la aku dok tenung tenang pokok pisang tu...sambil mimpikan yang indah2 nnti boleh buat lepat utk laki terchinta (lagi sekali hehe)...

 sebenar nye dua tiga hari lepas masa aku dok siram pokok pokok bunga kat laman, aku dah tengok selai daun pisang tu dah kuning.aku agak mungkin sbb tak siram akir kot.cepat2 aku suruh angah bwak sebaldi air.dalam hati dok berkata kata jugak,takkan hari2 hujan pun pokok layu jgk.

pagi tadi masa aku dok pakai bedak kat tepi tingkap , aku pun jengok lah kat pokok pisang aku tu..aku tengok pokok pisang tu dah ranap. pastu pulak aku tengok rumput2 keliling dia pun layu jgk..baru aku tahu rupa2 nyer POKOK PISANG KU DI RACUN.huhuhu seperti hati ku juga turut di racun sama..mimpi2 indah buat lepat pun berkecai umpama kaca jatuh ke batu (drama tak).serius aku mmg panas hati....rasa nak maki maki jer...



korang rasa ada kaitan tak pokok pisang aku yang di racun dengan rumah ni.korang tengok rumput depan rumah ni pun layu jgk kan.aku tengok depan rumah orng lain semua rumput hijau hijau segar bugar.depan rumah nih jer yang rumput dia layu.rumah ni sebenar nyer kosong,tuan dia beli pastu nak jual balik..kira buat bisnes beli rumah jual rumah ler ni.aku dengar2 tuan rumah dia ni singh.yang dia sakit hati sangat ngan pokok pisang aku tu pasaipa.bukan dia nak duduk pun rumah tu.lagi pun aku tanam kat tanah aku tepi rumah aku.lagi satu bukan betui2 depan rumah dia pun.

kalau nak ikutkan pokok pisang aku tu betui2 depan rumah cina sebelah rumah singh tu.rumah singh tu kira sipi sipi depan jer.dia takut pokok tu nnti besar pastu lindung atau pun cacatkan permandangan rumah dia kot.dia takut rumah dia tak laku kot.aku doa mintak2 lah tak laku rumah dia tu.dah lah letak harga mahai nak mompos.dulu dia beli rm180 ribu jer.lani dia letak harga rm280 ribu.sapa pun tak berani nak beli.dasar singh dada berbulu.bukan takat dada jer lubang telinga pun berbulu jgk.

ok..puas dah hati aku dapat maki maki peracun pokok pisang ku.ok dah boleh buat kerja lain dah sbb amarah dah pun dapat di lepaskan.punya ler marah sampai entry pun guna "aku " jer...hehehe xpa lain kali guna "saya" balik..ok itu jer babai...

Thursday, November 24, 2011

entry cuti sekolah

apa ibu masak (2)

ni menu hari selasa


masak nasi minyak hujan panas.dekna tya kenapa nama dia hujan panas.pening ibu nak jawab..last2 ibu kata sebab ada kaler macam2....kah kah kah...dulu pestaim buat nasi ni saya rendam beras guna 3 kaler tu..kira rendam dlm 3 bekas berasingan lah.tapi bila masak ketiga tiga kaler tu bercampur so air nasi tu jadi cam warna campuran berus kaler air..keruh...tersangatlah tak lawa nyer.nak makan pun tak lalu.sekarang dah tahu rupa nyer bila nasi dah masak baru renjis renjis ngan kaler merah kuning dan hijau tu...


ayam masak merah.teramatlah simple nyer.saya blend bawang merah,putih, halia dan sebiji besar tomato mentah.cili kering dah ada separuh dlm petiais.tumis bahan blender pastu baru teringat kayu kayan lupa bubuh.ambik kulit kayu manis dan bunga lawang campak dlm kuali...kacau sekejap..pastu masukkan cili kisar.taruk gula,garam.kasi mendidih sekejap masukkan ayam yg dah digoreng separuh masak...masak/kacau smpai kuah pekat.selalu saya letak tomato dan cili sos tapi kali ni semua bahan tu habis..malas nak pergi kedai.xper..kita buat dia kan..mesti jadi punya...hehee


nasi dan ayam..dah cukup..tu pun sampai licin anak2 makan.kalu buat jelantah pun bukan depa makan pun.ada anak2 jiran kawan dekna dan anis datang bermain kat rumah pun saya bagi makan jugak.rezeki budak budak.pastu mak budak2 tu bagi saya keropok kering 2 bungkus...tengok rezeki saya pun murah jgk kan..


ni gambar cucur udang.korang jangan cari udang takkan jumpa punya.sebab udang nyer habis saya blend sekali dengan bawang dan cili besar sebiji.cucur ni buat makan pagi tadi..sebab banyak saya simpan separuh tepung tu dlm petiais.bila malam sambil tengok tivi kakak goreng lebihan tepung tu bagi adik adik makn.tengok tu punya rajin kakak ni ,dia campur sekali cucur tu dengan sos.pastu pulak guna bekas aiskrim jer.hentam jerlah kakak ooiiii....



oklah..saya takleh nak berlama lama depan komputer ni .biasalah cuti2 ni semua anak2 tunggu giliran nak ngadap pc.nak kena beli laptop seketul utk ibu nih..'abggggg....ayang nak laptop satu...takmo rebut2 ngan anak2...."

Wednesday, November 23, 2011

entry cuti sekolah

apa ibu masak (1)

cuti sekolah datang lagi
seronok sbb dapat berkumpul dengan semua anak
hanya cuti panjang saja dpt bermesra mesra
dengan kakak

bercuti kali ni ibu tengok banyak perubahan pada kakak
mungkin sebb kakak dah makin matang
lebih senang minta tolong
jarang bergaduh dengan adik adik
ibu harap perubahan baik ini akan berterusan
bila anak2 berkelakuan baik
ibu kurang marah marah

bila ibu kurang marah
mood nak memasak pun datang

siapa yang untung
anak anak ibu jgk kan
sayang anak anak ibu..

entry kali ini kita tgk apa yg ibu masak
anak2 asyik ngadu lapar jer
kul 10 mlm tadi ibu sempat pergi kedai
beli barang2 maknan utk anak anak
smbil tengok tivi mulut sambil menguyah
alahai anak anak...
demi korang semua
hujan panas siang malam
semua sanggup ibu redah..

ok...kita tengok apa saya masak hari ahad lepas

masak nasi lemak.makan sampai petang.pastu ngadu mengantuk.


sambal tumis ikan bilis .awal2 cuti anak2 tak banyak kerenah.balun jer .buat banyak bajet makan sampai malam.nasi lemak habis masak nasi putih pulak.


telur dadar.6 biji telur.cepat mudah dan sedap.bawang tak bubuh sbb mesti budak2 ni korek letak tepi punya..


 yang ini untuk saya.ikan pekasam kelantan.jiran setaman bagi.sedap hingga menjilat jari...hehe


limau kecik kecik ni beli kat pasar minggu.2 bunjut 5 hinggit.sekali hadap jgk.lantakkk


petang pukul 4 masak kuewtiaw sup pulak.kena masak cepat cepat sebab pak megat nak naik bas pukul 630 ptg.






kuah sup ni saya cuba buat cara mak selalu buat.bawang merah,putih,halia,jintan,kas kas semua saya tumbuk.selalu tu saya tak tumis ,main rebus pastu blend bebawang curah dlm periuk jer.sekali ni ayam pun saya goreng ngan kicap.







sambal kicap.pedas yarabbi...bubuh banyak2 berasap telinga.





itu ajer utk hari ahad.nnti saya update lagi utk hari isnin selasa rabu khamis bla bla bla...

Tuesday, November 22, 2011

APAM dot ..dot...

ada sapa sapa teringin nak buat apam dot dot
meh sini ada resepi...amik pen kertas salin
resepi nih pun saya amik kat blog masakan
blog apa tak ingat dah
maklumlah anak ramai ..byk benda lain nk fikir



mula mula letak gambar dulu kasi syiokkkkkk















3 biji telur dari petiais (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus (saya guna gula aising )
150 mlsusu segar@cair (saya guna susu cair)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-strawberry/blueberry dll

cara nyer..pukul telur dan gula hingga kembang
baking powder dan tepung gandum diayak sekali
bila telur dah kembang campurkan susu dan bahan2 lain
putar lagi 6-7 minit
bahagikan beberapa bahagian dan warnakan
masuk dlm piping bag
paip separuh dan letakkan filling pastu paipkan smpai penuh
buatkan dot dot
kukus lebih kurang 10 minit

selamat mencuba...

Saturday, November 19, 2011

tahniah angah

angah menangis kerana terlalu gembira dengan keputusan  pepereksaan UPSR 5A


tak mampu nak cakap apa apa.hanya air mata yang mengalir kepipi.masa ni ibu pun menangis sama.
 
bila ibu halakan kemera hpone ,angah tundukan muka kebawah
hanya 22 org murid sahaja yang dapat keputusan 5A tahun ni.tahniah diucapkan kepada semua
masa ni nama nama murid yang mendapat 5A sedang di panggil.nama angah belum lagi.ibu tahu debaran didada angah sedang menggila kerana ibu juga merasakan nye.
tahniah anak ibu megat izzuddin.semoga kecemerlangan akan berterusan..
muka cuak ibu sebelum keputusan di umumkan.belum apaapa lagi ibu dah menangis.mata dan hidung dah merah2.


bila menaip entry ini air mata ibu dah bergenang.teringat semua kenangan pahit manis semasa mendorong angah supaya rajin belajar dan rajin menghadiri kelas tambahan.ibu benci bila mengingatkan ibu marah-marah bila angah takmau kekelas tambahan semasa diawal tahun.ibu juga seperti terbayang bayang kembali bagaimana angah mengayuh basikal dlm keadaan menangis utk ke rumah cikgu Eda utk menghadiri kelas matematik.terasa seperti tergiang giang lagi leteran ibu setiap kali angah tertidur dan terlambat masuk kelas waktu petang.

Semua penat lelah angah telah berbayar apabila keputusan diumumkan dan angah adalah salah seorang murid yang mendapat keputusan yang cemerlang.ibu berharap kecemerlangan itu akan berterusan dlm peperiksaan PMR dan SPM nnti.dan juga ibu berharap kecemerlangan didunia seiringan kecemerlangan akhirat juga.

Wednesday, November 16, 2011

mari buat ketupat...errr.. bukan mengumpat yer....

Sehari sebelum saya balik kampung raya haji hari tu.Mak sedara ada bagi daun palas.kat belakang rumah dia mmg ada pokok palas.bajet nak buat ketupat utk hari raya.bawak balik kampung setengah dah tinggal kat umah saya setengah.konon2 nak belajar buat ler tuhhhh...*pitam*


Rupa rupanyer kat kmpg mak dah suruh org buatkan lemang
jadi rancangan nak belajar balut ketupat ngan mak tak menjadilah


Disebabkan pak megat berhari raya kat laut 
 tak dapatlah dia nk jamah ketupat di pagi raya
 jadi sebagai isteri yang sangat cinta dan sayang sgt kat suami
saya pun bercadang nak buat ketupat utk suami terchinta
bila tengok daun pun dah makin kegersangan kekeringan
tapi xpalah kan..kata nak belajar
kita yang buat dia,bukan dia bukan kita keke


cerita banyak pun tarak guna juga..meh layan gambar jerlah


nmpak tak?daun palas dah hampir kekeringan..kering pun keringlah






tanak pulut separuh masak nyer puan puan..






taraaaaa...dah siap beberapa biji..ada boboi ada gegirl...lantakkk






dah siap balut menbalut setelah berapa kali buka membuka, bolehlah merebus ok..klu nak kukus pun boleh jugak.




akhirnyerrrr..




yum..yum..yum...ketupat lawan nyer mestilah rendang..samada ayam atau daging tak kisah,belasah jer




nak kata jadi sangat tu taklah kot.tapi bolehlah. klau dah terdesak sgt nak makan tiba tiba ko dah cari seluruh pasar tani tapi takde org menjual pulak hari tu.so kira oklah ketupat saya buat nih.


tapi pak megat kata marbeles.kekeke dia kata  'sedap sangat sayang '


kenapa!!!!


tak percaya ker!!!


tak percaya meh tengok gambar ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ha!!! nmpak..sampai juling juling mata..camni punyer ruper makan tak sedap lagi ker???...kekeke

Thursday, November 10, 2011

cerita raya korban...

As salam...saya balik kg hari sabtu
sebelum balik dah beli barang2 masak siap
beli ayam sekor,daging 2kg,mee dan kuewtiaw sekilo
mmg kena beli siap2 sbb tak tentu lagi pukul berapa
boleh bertolak balik kampung

kat rumah anak anak belum mandi lagi
mungkin jugak ada yang belum bangun tido
baju raya semua belum masuk bag
baju yg dah basuh pun ada yg belum bersidai lagi
pinggan kotor penuh satu sink
semua kerja kena buat seorng
sobs... sobs.. sobs..

pukul 12 lebih baru dapat balik kg
tu pun setengah kerja saya skip dulu
balik hari isnin nnti baru settle pelan2
nilah dugaan nyer bila pak megat kat laut
klu tak mmg  bahagi2 kan kerja
saya siapkan kain baju
dia uruskan bahgian dapur,buang sampah sekali
anak2 yg besar mana mau nolong ibu
asyik lah mengadap tivi jer

sampai2 rumah mak relek2 dulu
lepas solat zohor baru start potong daging
mak request nak makan rendang daging
okey...kita prepare barang2 utk wat rendang
lemang mak suruh pak sedara tolong bakarkan
tapi terlebih garing ler pulak
tak sama langsung yg macam mak buat

sambil tenggek kuali rendang atas dapur
sambil kemas2 skit dapur mak
mak pulak sibuk masukkan segala jenis
kerepek2 dia dlam balang
cucu pun sibuk usung balang kerepek
bawak depan tivi
dah kena top up balik balang kerepek tu

malam baru cuci ayam utk buat sup
mak siapkan rempah2 sup
resepi asli dia
mak mmg tak guna serbuk sup
dia selalu tumbuk segala benda macam
jintan2,buah kas kas,halia,kulit kayu mnis
macam macam lagilah
rasa  sup mak mmg lain daripada yg saya buat
saya dah cuba sedaya upaya nak buat sup macam mak buat
tapi selalu tak serupa

pagi hari raya macam biasa saja
tapi frust skit sbb anak2 tak mau bangun utk
ke surau solat sunat aidil adha
terasa gagal sekali menjadi ibu
pak megat dah berapa hari tak telefon
rasa2 nya line telefon down lagi
tapi rasa dah terbiasa berhari raya tanpa suami di sisi
tak leh sedih berlebih lebihan

ada jugak jiran2 yang dyg berhari raya
kebanyakan jiran2 keliling umah mak
semua nyer bersaudara
hujan dan mendung saja hari raya ni
jadi mmg susah sikit nak keluar rumah
nak kemana2.
jadi kami anak beranak melepak jerlah kat umah
sambil berulang alik makan makann yg byk tu
habis makan mee sup makan lemang rendang pulak
pastu tu sambung kunyah kerepek
lama lama perut pun kembung dan hari pun malam

selain sibuk menghabiskan makanan atas meja
saya juga sibuk menguruskan merah anak beranak
sekejap2 keluar masuk sangkar
pastu yak yak pastu nak makan
penatttt...

tu jer cerita raya korban saya tahun ni
kami tak melakukan ibadah korban
pak megat pun tak beraya dgn kami tahun ni
hari isnin dah balik ke rumah
sbb nak pergi makan kenduri kawan saya nasriana
dia buat akikah utk anak dia aqeff
petang nak hntr kakak balik hostel
semua gambar dalam kemera lagi
tak sempat nak transfer ke komputer
kakak dah bawak balik kamera ke hostel
nasib ler...

okey babai...

Thursday, November 3, 2011

mai nak habaq sat...

psssttttt...
mai sini nak habaq sat..
kami pun baru baru ni ja tau
rasa2 nyer kat tempat lain xdak juai lagu ni
yang semurah ni..sedap lak tu
nak tengok dak gambaq benda ni
nnati sat kami nak upload gambaq..
ha ni dia benda yg tgh dok hot sekarang ni
(kat kawasan perumahan kami la)

haaaa..ni dia la gambaq yg kami nak tunjuk tu
gambar nasi ayam.ni bukan sebarang nasi ayam tau
nasi ayam ni harga dia RM2 hinggit jer tau
nasi dia semangkuk,ada ayam dua ketul sederhana besar
ada sup dan salad.cukuplah bagi kami yg malas nak masak bila time pak megat g kerja
anak2 plk tak banyak kerenah.jadi dlm seminggu tu 3 kali mesti p beli benda ni.lalalala


hangpa semua nak tengok tak 
lagu mana kedai dia.
ala dia cuma bukak payung jer
tokey nasi ayam ni mula nega pukul 11 pagi
pukul 12 tghari tu mmg dah clear barang jualan dia
sekarang ni kami tgk dia letak no tel dia kat situ
makna nyer org akan call /sms dia cakap nak berapa2
pastu datng amik saja
cara ni amat menjimatkan masa
takyah tunggu situ lama2
sbb yang dtg beli tu bukan sebungkus dua
tapi sampai 10 bungkus pun ada
macam hari ni kawan kami si Hazlina tu
order 8 bungkus
kami tak order hari ni
pasai baru 2 hari lepas kami dah makan
tunggu pas raya haji pulk baru order.

alamak jauh nyer kami membebel
asal nak tunjuk gambar gerai jer...
nnti sat na kami upload sekali lagi
sabaq la....


ni la gerai dia.kami amik gambaq dari dlm kereta ja
yg pakai baju biru tu angah anak kami
masa ni org tak berapa ramai lagi
kalu dak...tak nmpak org yg menjuai tu
dok nmpak castemer jer.
si angah tu gigih la menunggu
sbb dia punyer bahagian 
adalah 2 bungkuih..
terar tak anak kami makan
tgk badan la kan...
oh ya..kata kawan kami hazlina tu
hari ni tokey nasi ayam ni tanak nasi 10 kilo beras
tu pu dlm 15 org castemer tak dapat sbb dah habis

yang kami dok muskil sampai hari ni kan
tokey tu untung ka
juai harga 2 inggit
beras ,ayam ..sayur mayur semua naik harga skrg ni
ishkkkhhh muskil ni ( sambil2 garu hidung yg tak gatai)


*waaa..n3 kali ni kami speking utara..vangga vangga*

Saturday, October 29, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa 10

hari ni pergi ambik kad pengenalan Angah
suker angah dah ada kad pengenalan sendiri
angah feeling dewasa habis tu..
siap tanya dia nak simpan ker atau ibu
kemain lagi dia kan
dia ingat bila dah pegang ic sendiri tu
senang2 dia dapat keluar masuk cyber cafe
malammmm sikitttt...

ibu teringat masa angah umor 5 tahun
masa tu kat tabika kemas cikgu fuziah
dekna pulak  baru jer berapa bulan
ayah kat laut..kerja
kakak  sekolah darjah 1
anis belum ada lagi

lebih kurang pukul 10 pagi cikgu call
bagitau angah masuk kan manik dlm hidung
manik tu kawan dia yg bwk dari umah
cikgu suruh bawak pergi hospital
cikgu xleh nak bwk sbb xder saper nak jaga kelas
nasib baik masa tu ibu dah terror bawak kereta

Dekna ibu tinggal kan dengan jiran
wlupun dekna menyusu badan tapi sekali/a minum  susu formula jgk
ibu bagi botol susu dan susu dlm tin sekali
nasib baik dekna jenis nak jer kat saper pun
jiran2 pun suka jgk kat dekna
sbb dekna masa baby tersangat lah comel nyer
jadi ibu boleh bwk angah pergi hospital
dgn senang hati nyer

dalam kereta angah tak henti2 menangis
sebab takut
bila dah menangis tak henti2 tu
hingus pun mula lah meleleh turun
bila hingus dah turun
angah sedut bagi naik
dengan manik sekali makin naik
nasib baik manik tu jenis besar
jadi dia tersangkut kat pangkal hidung tu
katakan kalau manik tu jenis kecik
mau dah masuk ikut saluran pernafasan
nauzubillah...

bila sampai jer kat hospital
terus ke bahagian kecemasan
attenden bertugas relek jer bila tgk manik dlm hidung
agak nyer mmg dah selalu diaornag handle kes mcm ni
baringkan angah dah keluarkan alat alatan diaorng
tak sampai 3 minit dah boleh tarik keluar manik tu
dah boleh balik

bila sampai sekolah
cikgu suruh bwk balik rumah terus
waa...best lah angah xyah belajar

sekarang ni bila tya dia
ingat tak lagi peristiwa tu
dia angguk jer..
dia mmg anak bertuah....


* ada beberapa kali nasib baik da...

Monday, October 24, 2011

apa ni ibu.....

pagi pagi lagi ibu dah pergi pasar.semangat nak memasak begitew berkobar kobar.kat pasar ibu beli ikan ni

ikan siakap(gambar cik google)



ibu cadang nak masak specel macam ni ler lebih kurang..


siakap stim.sorry gambar kecik..juga ihsan cik google)


balik dari pasar,ibu relek dulu sebelum bersilat kat dapur.baca majalah,layan fb..tiba2 ayah ajak ibu teman dia pergi sini.urusan nak masukkan duit utk adik ipar.ibu tunggu dalam ketera jer.sambil toleh kiri toleh kanan.





dalam dok tertoleh toleh tu..ibu ternmpak kedai mcam ni..ibu tengok jam kat tangan 1130 pagi..uihhh sempat lagi nih...berdesuuupppp ibu ngan ayah masuk kedai ni..




taraaaaaa





ibu punya.kari kambing,telur sutung dan jelantah..shedappp





taraaaaaaaaaaaa lagiiiiii



ayah punya.ayam goreng,sutung sekor dan sayur kobis




kalau tercekit minum ni...


sirap limau ibu punyer..teh tarik utk ayah..melampau betui ayah kan.nasi beriana ngan teh tarik..ngerissss


erkkkkkk...alhamdulillah syukur nikmat..perut sudah kenyang...balikkkk.dalam kereta sambil cungkil2 sisa kari kambing kat celah gigi ibu cakap kat ayah.."perut dah kenyang rasa malas nak masak ler..nnti ayah pergi beli makanan utk anak2"


vroommmmmmm ayah start motor...


yea ..yea...ayah bawak balik makanan...anis berlagu lagu sambut ayah...


ayah beli ini utk anak2...


lagi sekali terima kasih cik google


nasi lemak daun pisang.panas panas tu.dia punya aroma daun pisang tuh..perghhhhh takleh tahan..tpi ibu dah kenyang..



siang hari ibu dah gumbira riang ria gantung periuk belanga.malam harus masuk pejabat balik kan..

puas termenung mengcangkung depan peti ais...akhir nyaaaa ibu telah mencapai keputusan muktamat....

ibu akan masak....



iniiiiii



telur dadar(pun cik google jgk)
dan ini jugekkkk


sambal ikan bilis(apa ni ibu semua guna cik google..ala ibu nak senang)





sedap kooo...tak caya tanya Anis humaira...hehehe (tya budak kecik semua dia kata sedap)