kawan kawan Kak Zu

Saturday, June 23, 2012

anak anak nak balik rumah

Assalamualaikum semua.

Hari ni kak zu nak ke pulau pinang
nak pergi ambik anak kak zu si angah
semalam dia telefon cakap nak balik rumah
hari ni sekolah dia ada temasya sukan
jadi hari isnin adalah cuti peristiwa

kalau ikutkan mmg penat
sbb hari isnin dah kena hntr balik mrsm
tapi bila mengenangkan anak rindukan rumah
kak zu tak sampai hati nak cakap 'no'
mmg plan asal nak melawat dia hari ni
nak bawak barang makanan
dan nak bagi duit belanja

kakak pun nak balik jugak hari ni
sekolah kakak pun ada temasya sukan jgak
tapi kakak akan tumpang kawan dia utk balik rumah
iyerlah kan kalau nak tunggu dia sampai rumah
lewat pulak nak bertolak ke balik pulau

sekarang sementara tunggu Anis balik sekolah
kakzu taip dulu entry ni
anis hari ni ada kelas bistari solat
pukul 8 pgi sampai 12 tghari
semangat betul dia bersiap sendiri
pakai baju kurung polkadot yang baru jahit hari tu

bila anak2 ramai berkumpul kat rumah
mula lah kak zu dok fikir
nak masak apa utk diaorng nnti
pagi2 tadi nak pergi pasar kamunting
kak zu beli udang besar sekilo
ikan sikit,ayam dah ada beli semalam
nnti malam kak zu nak masak sambal udang
goreng ayam pastu goreng ikan skit

oh ya ..kak zu juga dah beli
bahan2 utk buat mee goreng
untuk sarapan pagi esok
kerepek pisang ada kak zu beli 3 bungkus
buah mempelam pun ada beli jgk
seronok kak zu bila bayangkan
anak2 akan makan bertambah tambah

semalam kak zu masak yang ni ..pak megat request nak makan asam pedas.berpeluh peluh masak semua ni kak dapur.bila anis balik dari sekolah tengok ibu masak ni terus dia cakap takmau makan.dia nak makan speggeti.mengucap panjang kak zu.mana nak cari bahan2 utk buat speggeti.pujuk2  makan jgk dia skit itupun bersuap..alahai anak

mujur ada kak zu beli jagung kat pasar.5 ringgit 5 tongkol.jadi kak zu buat cucur jagung utk dia minum petang.buat banyak jadi ada lebih sepinggan.ptg tu ada kawan2 anis main kat depan jadi kak zu bagi jer budak2 tu makan..alhamdullilah habis mereka tak mmbazir..

No comments:

Post a Comment