kawan kawan Kak Zu

Friday, August 3, 2012

Pertengahan Ramadhan

Asssalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah pun 14 hari kita berpuasa.Mr Fred aka pak megat pun dah naik laut.so faham faham sajalah bila tinggal 3 beranak jer ni mmg tak masak ler utk berbuka.Hari hari kerja jengah pasar ramadhan sahaja.kak zu rasa lebih jimat.paling banyak berbelanja ialah 20 ringgit.semua dapat.dari lauk pauk hingga ke kuih muih.kadang kadang tu cuma habis 15 ringgit sahaja.dekna mmg bagus.dia kalau dah ada kuih dan lauk cepat cepat ajak balik.dia tak rambang mata tengok makanan banyak banyak.anis belum matang lagi.kalau boleh nak beli banyak banyak.air sampai 2 jenis.dekna selalu cakap 'air boleh ancuh sendiri kat rumah'..alhamdullilah..

cuaca panas sangat sekarang ni..Memang terasa malas utk keluar kemana.persiapan raya rasanya tak segalak tahun tahun lepas.tak tau kenapa.mungkin faktor usia yang meningkat .baju baju kurung belum siap jahit lagi.baju makteh  dan menantu nyer baru jer hntr jahit tepi.baju raya dekna dan anis sahaja yang beli.Angah baru beli baju,seluar kena tunggu dia balik baru baoleh beli..takut nnti tak muat atau terlebih saiz plk.utk kakak satu habuk pun tak ada lagi.tunggu minggu akhir dia balik dari hostel nnti baru bawak pergi beli.pak megat dah dua kali pergi supermarket tapi dua dua kali tak berkenan di hati dia.entah lah tak macam nak sambut raya

Dari awal sebelum masuk ramadhan kak zu dah niat nak fokus pada ibadah puasa sahaja.nampak nya tak berapa nak berjadi niat kat zu tu.masih banyak perkara yang menggangu.misal nya asyik dok fikir pasal baju raya yang tak siap2.pastu pulak ada juga kawan kawan tempah biskut raya.bukan tak fokus langsung pada ibadat..ada juga..tapi masih tak mencukupi.misalnya nak berjaga malam..asal pukul 12 mlm jer mata dah dah terkatup.jaga pukul 430 pagi cuma sempat buat sunat tahajud sahaja.mengaji quran cuma dapat buat setengah jam selepas solat fardu.niat nak habiskan 30 juzuk sepanjang ramadhan rasa nya tipis .solat terawih buat kat rumah,itupun cuma 8 rakaat.dekna dah anis tak ada org nak tengok tengokkan.diarang ni tido awal.kul 9 malam dah hanyut.klu ajak ke surau mesti diorang akan tido sebelum solat terawih selesai.nnati kak zu kena angkut masuk kereta yang mesti nya parking jauh tuh...takperlah kat rumah pun dapat pahala jugak.cuma tak dapat pahala berjemaah sahaja.nnti nantilah... bila anak anak dah besar dptlah kak zu bersolat terawih di masjid.minta Allah panjangkan usia kak zu amin.


nota kaki: hari ni kak zu mandi air ais.syokkkkk...cuaca panas sangat sampaikan air tangki pun jadi panas juga.kak zu ambil ketul ais dan masukkan dlam besen besar..waaaaa best nya...esok boleh buat lagi...

No comments:

Post a Comment