kawan kawan Kak Zu

Wednesday, September 12, 2012

BERKAWAN BIAR LEKAT DIHATI

Pesan Tok Guru Nik Aziz "kalau kita berkawan biar lekat di hati"






Masa kak zu habis SPM pada tahun 1990 dahulu,kak zu bekerja kilang di Pulau Pinang.Nama kilang tu ialah Nasional Semiconductor.Sekarang dah tukar nama.(kak zu tak pasti apa nama baru kilang itu)


Masa nilah Kak Zu jumpa kawan kak zu ni.Nama dia Asmidar binti Yaakop.Dia ni budak Kelantan.Asmidar pun sama macam kak zu sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.


Asmidar ni orang nya berkulit putih.lagak nya sangat tenang.bercakap agak teratur,suka tersenyum.kak zu boleh ingat lagi raut wajah nya walaupun dah hampir 20 tahun kami terpisah.kami kenal dan berkawan lebih kurang 2 1/2 bulan sahaja.selepas keputusan SPM keluar Asmidar terus balik ke Kelantan.


Sedangkan kak zu terus lagi bekerja di Pulau Pinang.Walaupun keputusan agak baik dan boleh melayakkan kak zu utk sambung pelajaran ke peringkat seterus nya tapi kak zu dah tak minat belajar lagi.huhuhu dan keputusan tersebut membuatkan kak zu menyesal sehingga sekarang.


Selepas Asmidar balik ke kelantan kami masih lagi berutus surat.dan dia ada mengirimkan gambar nya yang terbaru.makin cantik dia pada pandangan kak zu.Gambar Asmidar masih lagi elok dalam simpanan kak zu cuma sayangnya ada di kampung jadi tak dapatlah kak zu letakkan dalam blog ini. Asmidar juga memberitahu yang dia hendak dikahwinkan secara paksa oleh ayah nya.


Dan dalam surat dia yang terakhir tu Asmidar ada memberitahu kak zu yang dia tak jadi berkahwin dengan pilihan keluarga nya itu.Dia berkeras tak mahu berkahwin dan ayah nya terpaksa mengikut kemahuan Asmidar.


Selepas itu kami terputus hubungan bila Asmidar telah berpindah dan dia tidak memberikan alamat tempat tinggal dia yang baru pada kak zu.


walaupun hanya sekejap sahaja kak zu mengenali Asmidar tetapi kak zu tak pernah melupakan nya.Perasaan rindu pada dia datang secara mendadak malam ini.


Mungkinkah dia juga terkenangkan kak zu sekarang ni.Kak zu berharap sangat agar kami dapat berjumpa kembali.

No comments:

Post a Comment