kawan kawan Kak Zu

Tuesday, September 18, 2012

bye bye Am

Rumah kak zu baru baru ni jer masuk Astro.Masa tu bulan Ramadhan Itu pun sebab kak zu rimas dengan rengekan Anis yang keletihan berpuasa.Si Anis ni selalu ler menangis nangis nak buka puasa sebab tak tahan lapar.

Setelah berbincang dgn Pak Megat maka kami suami isteri sepakat nak langgan astro utk bagi Anis leka  depan tv sampai waktu berbuka.iyelah ..kak zu nak memasak lagi..nak menjahit lagi..mana larat nak hadap kerenah dia jer.kami cuma ambik pakej family sahaja.jadilah daripada takder kan...hehehe

Rancangan kami suami isteri nmpak nya berjaya.Anis layan kartun sampai tertido depan tv.bila dia bangun dah nak dekat waktu berbuka.tapi ada hari dia buat balik perangai merengek dia tu.

Lepas raya baru ni anak anak kak zu perasan yang astro ada  buat promosi utk beberapa chanel lagi,antara yang dapat ialah astro HD.kak zu pun layanlah cerita ADAM DAN HAWA.alah cerita yang di adaptasi dari novel Adam dan Hawa tu.kak zu dah baca novel tu berulang ulang kali,memang best giler novel tu.

Kak zu dah layan cerita tu sampai episode 12.dengar dengar cerita drama ni sampai episode 80.tup tup semalam anak anak kak zu kecoh astro HD dah takboleh masuk.dekna sebuk dok tanya hari mendung ker kat luar sebab skrin tv jadi gelap.oh kejam nya Astro huhuhu

Pak megat kata mungkin promosi dah habis.Kalau nak tengok jgk kena langgan channel tu.Bagi kak zu tak perlulah buang duit.Tambah channel bermkna tambah yuran langganan.TAK PERLU.lagi pun kak zu dah tahu jalan cerita dia.walaupun hati meronta ronta nak tengok aron aziz hehehe

Buat apa nak tambah pakej lagi.Kak zu bukan nya tengok semua channel pun.Kak zu bukan kaki nonton tv. Anak anak kak zu pun sama.Meraka banyak layan kartun dan Oh My English sahaja.lain lain channel selalunya terbiar sepi sahaja.


"kak zu jangan lah sedih yer tak dapat tengok saya berlakon" ohhhh ammmmmmm... sob.. sob..sob..

6 comments:

  1. Kakcik bukan peminat Aaron Aziz... hehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik..saya pun minat gitu gitu jer..saya lebih minat remy ishak..hehe

      Delete
  2. kak zu, intan ni hubby langgankan channel tu tapi tak pernah sekali pun dapat menonton Adam & Hawa huahuahua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. intan..raisa yang pegang remote control ker..heheh sian mama...

      Delete
  3. Baca novel lagi best kak Azu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ida..memang tak boleh disangkal lagi..baca novel lagi best...

      Delete