kawan kawan Kak Zu

Friday, September 7, 2012

kakak...

Asyik cerita pasal angah jer kan ibu nih.okeylah kita cerita pasal kakak pulak hari ni.kakak sekarang sedang bertungkus lumus utk PMR.sampaikan kena tahan kat hostel tak boleh balik masa cuti hari kemerdekaan baru nih.sian anak ibu.

Masa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu kakak hanya dapat 3A dan 5B.alhamdulillah.Masa nak amik report card tu ibu bapa kena datang mengadap cikgu.Hari Bertemu Waris ler tu.sama jer mana mana sekolah pun kan.di sebabkan pak megat kat laut terpaksalah kak zu pergi seorang.sama jgk seperti tahun lepas sorang2 jgk mengadap cikgu.yang syok nya cikgu kelas kakak cikgu yang sama jgk utk tahun ini

Kak zu tak tahu kenapa kalau bercerita pasal kakak air mata kak zu cepat meleleh.padahal nak tanya pasal pelajaran dia jer pun.apa subjek yang dia lemah subjek mana kekuatan dia.itu jer.

Kat depan cikgu tu air mata kak zu punyalah laju sampai habis bedak kak zu jadi comot.nasib cikgu tu mcm faham jer.kakak kat sebelah pun meleleh air mata jugak

"cikgu , saya memang letak harapan yang tinggi pada anak saya ni utk jadi pendorong kepada adik adik dia nanti" ~ air mata kak zu meleleh

"saya tak marah walau apa juga keputusan yang dia dapat asalkan dia dah berusaha dengan bersungguh sungguh" ~air mata meleleh lagi

Banyak lagi sebenarnya yang kak zu bualkan dengan cikgu tu tapi jadi lupa pulak bila nak ditulis kat blog nih.cikgu tu cikgu lelaki dan muda lagi.cikgu tu faham apa yang kak zu ingin sampaikan.cikgu tu jga faham situasi kakak kerana dia juga anak sulung dan menjadi harapan keluarga dia.itu yang cikgu tu ceritakan pada kak zu lah.

Rupa nya pak megat pun ada tulis surat kat kakak dan letak dalam buku rujukan masa nak hantar kakak balik hostel sebelum tu.bila kak zu tanya tulis apa utk kakak sampai kehari ni dia takmau bagi tahu.bila kak zu tanya kakak,dia pun sama jgk takmau bagitahu apa yang ayah dia tulis .sama jer dua beranak tu..

Kak zu pernah dengar pak megat tanya kakak mana letak surat yang dia bagi.kakak kata letak kat meja belajar kat hostel sebagai sumber inspirasi.

Bulan puasa baru ni kak zu banyak berdoa utk kakak dalam solat malam.kadang kadang sampai menangis nangis.kak zu bukan hanya minta kakak cemerlang dalam peperiksaan tetapi jga dalam kehidupan seharian.kak zu minta supaya kakak menjadi sebenar benarnya kakak kepada adik adik.jikalau ibu dan ayah mati dahulu hanya kakak lah orang yang layak utk menjaga adik adik.

Kak Zu sebagai ibu dah melakukan apa yang patut seorang ibu lakukan.Ayah juga dah lakukan apa yang perlu ayah lakukan. kakak juga dah berusaha seprti sepatut nya seorang pelajar lakukan.dan hasilnya dari gabungan ketiga tiga elemen diatas kakak telah memperolehi 6A 2B semasa peperiksaan percubaan yang lalu.Alhamdullilah.takper kakak masih ada masa sebulan lagi utk memperbaiki apa apa yang kurang.


"KAKAK BOLEH INSYAALLAH"



tension belajar sampai jerawat berkeping keping kat muka.takper lepas habis exam kita fokus cari cara nak menghilangkan jerawat tu pulak yer nak!



*sedang menaip entry ni kakak hntr mesej.mesej dia berbunyi "ya allah ampunkan dosa kedua ibubapa ku,Kau limpahkanlah rahmat keatas mereka ya allah,sesungguhnya meraka ibu bapa yang terbaik"

No comments:

Post a Comment