kawan kawan Kak Zu

Tuesday, October 23, 2012

SOSEJ ROLL



Assalamualaikum kawan kawan.

Pejam celik pejam celik dah pun habis 2 minggu cuti abang megat .Sekejap jer masa berjalan.Terasa baru lagi abang megat turun dari teksi sini .Semalam dia dah pun balik ke Trangganu semula.Apa nak di katakan lagi ,dah memang begini kehidupan yang harus kami lalui ,sorang di laut dan sorang lagi di darat.Hidup terpisah. Kak zu umpama Ain Hawani dan Abang Megat pulak seperti Adam Mukhriz auwwww....wah wah wah semua orang inginkan suami seperti Am tu yer..

Terus terang kak zu lebih sukakan seorang suami yang prihatin daripada suami yang romantik.Hati kak zu lebih cair bila suami capai tangan isteri bila nak melintas jalan,bila isteri sibuk di dapur si suami akan bertanya "penat tak"? atau pun sekadar menunggu sehingga kak zu hilang dari pandangan baru si suami berpaling untuk berlalu ke tangga bas.

Lagi satu.Yang paling membuatkan cinta kak zu melimpah ruah dan menjadi secair cairnya ialah bila tiba waktu magrib si suami siap berbaju melayu dan melangkah ke masjid sambil berkata "abang pergi masjid yer"...aduhhh rasa macam nak menghambakan diri pada suami sepanjang hayat si isteri sahaja.

Ah..melalut sampai ke cerita ADAM HAWA pulak kak zu ni.Yang bebenor nya nak tunjuk ni haaa.......










Sosej Roll.Lepas hantar AM hehe (Abang Megat ) naik bas semalam terus pergi ambik Anis dan Dekna kat sekolah agama.Afiq yang kak zu ajar ngaji tu tak datang sebab beteri kereta mak dia kong takleh nak hantar kemari.Ain Hawani  Kak zu tengok ada roti gadeniar separuh buku lagi.Dalam fridge ada sosej,telor dan serbuk roti pun ada.semua bahan dan cukup lengkap maka jadilah benda alah ni hidangan minum petang merangkap makan malam kami.Cukup kenyang hinggakan kami anak beranak tak makan nasi dah malam tadi.

Alhamdullilah syukur nikmat rezki yang ALLAH berikan.

7 comments:

  1. wahh..ayat kak zu munge2... suka ^^

    ***sedapnya tgk mknan tue..urmmm

    ReplyDelete
  2. nyum nyum.. sedap sosej roll kalau salut ngan serbuk roti camni.. goreng garing2.. mmg best.. i loiikkee u.. :)

    ReplyDelete
  3. wah hawa...mesti rindu kat am bila am kena keje raya haji ni ye..tak pe am cari duit untuk hawa dan anak2 kakakkaka. adoi..demam jugak... hahhaha

    ReplyDelete
  4. sedapnyer makan mcm ni je!

    ReplyDelete
  5. KDG2 CINTA YG BERJAUHAN NI LEBIH MANIS SEBENARNYA..^_^

    ReplyDelete
  6. Itu yg jenis pandai menghargai Zu. Saling mengerti - indah dapat dirasakan.

    Kakak kalau buat zu ak golek pun pada serbuk roti. Nak cepat punya pasal:)

    ReplyDelete