kawan kawan Kak Zu

Friday, November 30, 2012

jiwa kacau

Assalamualaikum.


kak zu taknak tulis banyak banyak malam ni.Entah kenapa tetiba kak zu  terasa sedih dan sayu.Terasa diri kak zu tak disayangi dan macam macam 'rasa' lagi..mungkin perubahan hormon kot.

kak zu letak gambar anis dan manik cukuplah yer

Nnti nnti kalau mood dah ok kak zu taip ayat panjang panjang yer


budak anis ni mmg minat dengan manik.kalau dapat manik diam jer duduk kat dalam bilik.bila keluar jer akan jadilah gelang , rantai semua. yang jadi mangsa manik manik lebihan buat kat baju kak zu.baru ni kak zu belikan dia manik khas untuk buat gelang ,lagilah dia menggila buat gelang dan rantai.nntilah kak zu letak gambar barang perhiasan yang dia dah siapkan.

Thursday, November 29, 2012

musim buah di kampung

Assalamualaikum...

Kak Zu dah sampai kerumah dari kampung pukul 5 petang tadi.6 hari jugak ler kak zu anak beranak bersama opah kat kampung.Sempat bawak opah ke klinik sekali sebab opah sakit kaki.Abang Megat masih lagi kat laut jadi hanya kami sajalah yang balik kampung.

Kat kampung kak zu sekarang ni musim buah durian ,manggis dan juga rambutan.memang puas ler anak anak kak zu dapat makan buah buahan.

Kak zu tunjuk gambar dah ler yer.mood nak mengarang ayat panjang2 ni ke laut sikit.


pokok durian kepunyaan atok sedara.tepi rumah emak kak zu,sedap isi dia.selalu bila buah jatuh tuan pokok ni suruh kami ambik jer,dia sedekah...alhamdulillah

salah satu pokok rambutan emak kak zu.pokok ni kat depan rumah.belakang rumah ada dua pokok lagi.

pokok manggis juga di halaman rumah.gambar lama masa abang megat balik kampung hari tu.balik dari masjid terus capai galah jolok buah manggis.walaupun hanya dua pokok sahaja tapi buah dia lebat sangat.

hitam hitam si tampuk manggis,walaupun hitam isi nya manis.

durian pemberian saudara mara dan juga jiran jiran emak kak zu.sejak arwah bapak kak zu meninggal dunia dusun durian arwah terbiar camtu jer.dusun arwah tu tinggi berbukit jadi anak anak tak berminat nak menjaga.lagipun adik beradik lelaki kak zu sibuk dengan kerja masing masing.tetapi kami tak pernah 'putus'buah bila tiba musim durian sebab ramai orang2 kampung yang sangat bermurah hati memberi..terima kasih

kuning isi durian ni..memang sedap.

model durian..puteri anis humaira



okeylah.sekian sahaja cerita dari kampung kak zu.



Saturday, November 24, 2012

balik kampung




kringg..kringg...kringg....

'hello...'

'bila nak balik kampung,buah manggis depan rumah banyak ni..sapa nak makan..mak kencing manis'

'petang ni balik mak...'

mak kak zu telefon suruh balik makan manggis.jadi kak zu dah bersiap sedia nak bertolak dah ni.seminggu ni takda entry baru ler yer sebab kak zu xder laptop berukben lagi lah jauh dari api...hehe

balik nnti baru balas komen kat entry yang lepas yer.

ada yang rindu kak zu tak agak agak nyer yer...huk huk huk..

oh ya..duit nuffnang kak zu makan meningkat tau.terima kasih pada yang sudi klik tu yer..

babai...


awek cun sedang beraksi jolok buah manggis...ayat cun tu jangan percaya tau

Thursday, November 22, 2012

tahu kah anda...






kalau nak tahu berapa ulas isi manggis..sila kira berapa bilangan benda yang bentuk bunga tu.kat gambar ni bilangan nya ialah 5 kan


ha!betulkan ada 5 ulas isi buah manggis tu.saja nak bagitau walaupun kak zu rasa semua orang dah tahu.bila kak zu bagitau kat Anis dan Dekna bebudak dua orang tu berebut rebut dok cari buah manggis dengan bilangan tampuk yang paling banyak sekali.eh! betul ker benda tu nama dia tampuk..


Masa kak zu sedang enak menikmati buah manggis ni dekna tanya kenapa kak zu suka makan buah ni.kak zu pun jawablah sebab rasa nya sedap masam masam manis walaupun kulit nya hitam.

dekna : "ohhh samalah macam ibu kan,walaupun kulit ibu gelap tapi nmpak manis jer muka ibu".

omak nya dah kembang lubang hidung bila kena puji ngan anak sendiri

tetiba Anis mencelah

" weiii dekna, kulit ibu cerah tau bila duduk kat tengah panas"

damm you anis...





Wednesday, November 21, 2012

punah...



Desktop yang menjadi tempat kak zu berblogging selama ini menunggu masa sahaja utk dicampak ke dalam lombong.Ini semua gara gara terlampau lama sangat anak kak zu tengok drama korea online.Sekarang ni on dalam 10 minit terus power cut off.pastu tak leh nak on semula.

Ni kira nasib baik lah dapat update blog.jadi nya mmg kak zu tak sempat nak BW ke belog kawan kawan semua.

Sudah sampai masa nya kot untuk beralih ke laptop pulak.Dah p usha usha dah kat kedai beberapa hari yang lalu.kak zu berkenan warna merah.Rasa nya kena tunggu AM balik baru ada confident sikit untuk membeli.Sebab dia yang banyak tahu pasai laptop ni.

Okeylah sebelum skrin ni menjadi gelap,baik kak zu publish dulu entry ni.Jadilah kan untuk mengubati kerinduan untuk berblogging..

bye

Sunday, November 18, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 15




Opah dan Cucu


Cerita ni berlaku masa hari raya aidilfitri yang lalu..iye kawan kawan aidilfitri yer bukan aidiladha.Memang dah lama tapi masih segar di ingatan dan akan membuatkan kak zu tersenyum sendirian bila mengenangkan nya..

Begini...abang sulung kak zu membelikan baju melayu untuk anak bujang nya yang no 3 yang bernama Iman. Masa pergi membeli tu abang kak zu tak bawak si Iman ni.Bila bawak balik kerumah Si Iman ni mengamuk sakan sebab dia nak warna purple tapi si ayah membelikan warna hijau.Si Iman siap ugut takmo berhari raya lagi.

Jadi si opah yang penyayang ni takmo menghampakan cucu nya.Dia keluarkan duit nya sendiri dan minta kak zu bawak si Iman ni pergi beli baju melayu baru warna purple untuk cucunya itu.kak zu pun berdesuplah bawak anak menakan yang cerewet ni ke pekan Kamunting.Abang kak zu dah malas nak layan kereneh anak nya ni.

Dah siap membeli kami pun balik lah kerumah.Si Iman yang amat gembira ni pun menerailah baju melayu yang berwarna purple ni sambil berpusing pusing dalam rumah.

Tiba tiba....

Opah yang baru selesai solat keluar dari bilik sambil memandang cucu nya Iman

"ini bukan warna purple ...ini warna ungu" kata opah dengan lantang nya

apa lagi ...2 anak 2 menantu dan 9 orang cucu riuh rendah ketawakan opah.siap gelak guling guling lagi..riuh rendah lah suasana masa tu...

Tapi opah pandai cover line..

"opah kan tak sekolah dulu,mana tahu purple dan ungu tu sama"

hehehe


happy weekend uolls....


opah dan sebahagian cucu cucu nya.yang berbaju melayu warna ungu tulah Iman!

Saturday, November 17, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU



Hari ni genap usia abang megat 41 tahun.semoga Allah sentiasa merahmati mu sayang ku...Aku mahu kau tahu bahawa sayangku hanya padamu.Semoga kasih sayang kita akan berterusan sampai di Sana..InsyaAllah


AM kata takyah beli kek..buah durian ni pun dah cukup...baik bang

awek cun balik kampung

 jangan percaya tajuk di atas hehe


best naik basikal keliling kampung jumpa mak menakan dan pak menakan


anis pun nak tumpang sekaki..


















awek cun dan adik anak

 laju laju















laju lagi....


Sunday, November 11, 2012

mengapa



pernah sekali...
bila bersama anak anak di pusat membeli belah
kak zu rasakan mereka semuanya mengganggu
tak boleh nak tumpu perhatian pada apa yang kak zu nak beli


pernah juga sekali...
kak zu rasa kekok bila melihat AM berdiri
diluar kedai sedangkan kak zu masih membelek belek
barangan yang kak zu nak beli

kak zu rasakan yang AM kebosanan menunggu
padahal bertahun tahun mengenali nya
begitulah wajah nya baik ketika
dirumah ataupun di luar rumah

jadi...
kak zu berazam untuk datang sendiri
membelek dan mencuba sepuas nya
tanpa rasa bersalah bila suami terpaksa menunggu
tanpa rasa rimas bila anak anak sibuk
nak menyelit masuk fitting room jugak

tetapi....
bila peluang tu dah didepan mata
mengapa kak zu yang terasa bengong keseorangan
tak tahu apa yang mahu dibeli
tak tahu lorong mana yang harus dituju
terpinga pinga bila tingkat yang sama dipusing berulang kali

dah pengakhiran...
kak zu keluar dari shopping komplek 
tanpa apa apa pun yang dibeli

kesimpulan nya
tanpa anak anak dan suami
kak zu menjadi canggong secanggong canggong nya

jadi..
kemana sahaja kita pergi
keluarga seharusnya sentiasa bersama....


*kak zu nak balas komen kengkawan kat n3 sebelum ni ,tapi internet ni asyik tersangkut sangkut dan slow macam siput vavi jadi tak dapatlah nak membalas dan BW..lenkali lah yer*

Friday, November 9, 2012

salam jumaat



Assalamualaikum semua.Salam pagi Jumaat.Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia ini.Dah baca surah Al Kahfi?.Kak Zu dah baca lepas solat subuh tadi.Antara fadilat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat ialah akan keluar cahaya dari tapak kaki kita di akhirat kelak..wallahhualam...Semalam lepas solat magrib berjemaah dengan AM, anis dan dekna terus kitaorang baca surah yasin.walaupun anis baca tersangkut sangkut tetap juga dia habiskan bacaan,dekna memang dah laju baca cuma tajwid dan makraj huruf saja yang tak berapa nak syok dengar.

Pagi ni kak zu baru balik dari kelas tajwid .Ada pulak buat acara makan makan.Masa nak balik tu dapat pulut kuning lagi sebungkus.Semoga Allah melimpahkan rezki pada orang yang bersedekah itu..amin

Hari ni ialah hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2012.Sekejap lagi AM akan ambil kakak kat hostel dan lepas solat Jumaat nnti kami suami isteri akan ke Balik Pulau Penang untuk ambil angah pulak.Nanti lengkaplah keluarga kak zu.Pasti akan riuh rendahlah suara anak anak kak zu bersurau senda dan juga berkelahi.

Kak Zu memang dah bersedia mental dan fizikal untuk menhadapi musim cuti persekolahan ni.Yang pastinya ialah tak sempat nak kering kuku.kebanyakkan masa kak zu adalah di dapur.Belog pun tak sempat nak update rasa nya.Takperlah kan..Utamakan keluarga dahulu..InsyaAllah kalau berkesempatan nnti adalah cerita baru dibelog ni...

Bukan  kena bersedia mental dan fizikal sahaja


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

 yang ini paling penting kena sediakan

   
beras 20 kg untuk musim cuti persekolahan ni..kalau tak cukup ibu beli lagi....hehe

Thursday, November 8, 2012

daging korban



Assalamualaikum . Semalam Kak zu rebus tulang dan daging korban.Dalam kepala dok mikir nak masak apa dengan benda berdua tu.Nak buat kari atau sup.sambil rebus daging/tulang tu sambil buat kerja rumah.Abang Megat (AM) dah balik hari selasa hari tu.Tu yang kak zu beria ia nak masak.kalau tidak masak lebih kurang jer.Kak Zu saja  simpan daging tu untuk makan dengan AM.

Bila daging dan tulang tu dah empuk Kak Zu decide nak masak sup.Masa merebus tu kak zu salin  air rebusan sekali untuk buang lemak. Daging yang kak zu rebus tu warna gelap sikit.mungkin daging kerbau kot.takper lah kan.gelap pun boleh makan jugak kennn...


sup ni kak zu tak tumis pun.guna cara yang senang jer tapi rasa dia not bad...nampak lelemak dia dah mula membeku.korang nak tau tak cara kak zu yang senang giler tu


baca sini ha

# rebus daging- bila mendidih kak zu buang air rebusan tu dan ganti dengan air baru
# bila mendidih buat kali ke2 masukkan sup bunjut tulang
# rebus lebih kurang sejam
# blend sebiji bawang besar /4 ulas bawang putih dan 2 inci halia
# tuang kan dalam rebusan daging tadi
# masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
# rebuslah sampai empuk
# perasakan dengan garam
# dah siap boleh dihidangkan





senangkan....



Takkan nak makan sup semata ye dak.kak zu tak mau goreng ikan sebab nak tiru cara makan Rasullullah jangan makan daging dengan ikan.jadi kak zu buat sayur kangkung sikit.


air asam kicap untuk cicah dengan sup daging 


telur dadar untuk anis dan dekna.




Tu jer makanan tengahari kitaorang semalam.

Wednesday, November 7, 2012

HARI ANUGERAH



Pertama kali kak zu nak ucapkan tahniah pada anak anak kak zu terutama sekali Anis kerana kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun baru ni.Nama Anis telah tersenarai untuk 5 anugerah iaitu

- Anugerah pencapaian terbaik kelas (no 1)

- Anugerah mata pelajaran terbaik
   -Bahasa Inggeris (100 markah)
   -BM Pemahaman (100 markah )
   -BM Penulisan (100 markah)

- Anugerah Kecemerlangan akedemik (terbaik keseluruhan darjah 1.kak zu paling suka anugerah yang ini)

Dekna juga dapat anugerah mata pelajaran terbaik untuk BM penulisan (99 markah)

Sebagai ibu tiada apa yang mengembirakan hati selain daripada anak anak membawa pulang keputusan peperiksaan yang cemerlang sob sob sob *sambil lap air mata* (over mak ko).Ibu masukkan dalam blog bukan untuk bermegah megah sebalik nya sebagai perangsang untuk anak anak terus berusaha lebih baik lagi dan sebagai cabaran utk mengekalkan prestasi di tahun hadapan (ibu tau anak anak ibu baca blog ini)


dah habis cerita mari kita tengok gambar pulak...


Dekna ambik bahagian dalam persembahan pembukaan.Dekna yang pakai selendang merah kat pinggang tuh..

Anis 



Dekna tak sempat tukar baju

ibu pun nak menyelit jugekkk...

anis dan hadiah nyer

tak sempat sempat dah nak bukak hadiah..rumah kak zu berselerak.tak sempat nak kemas hari tu sbb pagi2 dah kena bwk budak2 ni pergi dewan (alasan basi)


hasil nya








Monday, November 5, 2012

maafkan Bayung ibu....



pasu bunga ibu pecah sebiji....


muka bersalah Bayung...kena pukul tang punggung sedas...gara gara nak terkam burung pi menyorok dalam pasu tu buat apa...???




*esok ayah Bayung akan turun ke darat,dua tiga hari ni ibu Bayung dah mula menggoda ayah Bayung dengan ayat ayat mengoda yang menusuk kalbu dan juga janji janji yang palsu...hehehe

Sunday, November 4, 2012

ibu dan anak



ibu dah siap pakai telekong anak baru nak berwuduk

ibu dah rokaat kedua anak baru tercari cari telekong

ibu baru nak bagi salam... haihhhh dia dah selesai solat

apa benda yang dia baca laju semacam jer semayang bebudak nih...

rasa rasa nya tak berkesan kot kem bistari solat anjuran sekolah tu

nak kena audit balik solat bebudak dua orang nih...

yang sorang ni sujud sampai tertido terus


yang sorang ni pulak pi pakai telekong depan tv...haihhhh




*abaikan tarikh pada gambar tu..

Saturday, November 3, 2012

Dekna dan Anis...



Dekna nak beli mainan.kak zu cakap tak boleh kerana kak zu dah belikan baju dan seluar untuk dia.baju dan seluar tu akan digunakan untuk dipakai masa hari anugerah kat sekolah nanti.dekna ambil bahagian hari tu.katanya buat persembahan action song.

Masa keluar dari kedai,mak kak zu pandai pandai puji anis (adik dekna). "bagus nya anis ni tak minta apa apa pun kat dalam kedai tadi".Apa lagi si anis ni bila dengar opah dia cakap camtu terus menangis meraung raung dalam kereta.rupa nya ada benda dalam kedai yang dia berkenan cuma tak berani nak bagi tahu ibu. hehehe

Masa tu kereta pun dah jalan jadi kak zu malas nak pusing balik.lagi pun takut lambat pulak nak hntr diorang ke sekolah agama.Tapi kak zu janji lepas balik sekolah agama akan terus bawak dia ke kedai tu semula.dan dan tu jugak dia berhenti menangis.

Rupa rupa nya dekna dah ready duit siap siap kat dlam poket.siap korek tabung lagi tuh.okeylah dah duit sendiri ikut suka dia lah nak beli apa pun kan.tapiiiii...barang yang dia nak xder pun kat dalam kedai tu.jadi sebelum duit RM50 tu tercicir kak zu minta simpan dalam handbag  omak dia ni ha...

Dah selesai  beli terus blah...kekeke

Alamak minyak kereta sudah naik merah.harus lah kena isi minyak dulu.

Kak zu keluar kereta pergi bayar dan isi minyak...dah selesai masuk dalam kereta untuk balik kerumah..

Dalam kereta dekna tanya "ibu isi minyak tadi guna duit dekna yer"
 

Amboi baru ada duit 50 hinggit kemain belagak lagi yer...
_

-

-

-

-

bak sini kertas ibu nak buat list segala mak nenek yang kamu dah guna duit mak apak kamu nih nak oiiiii....



tengok! kemain lagi bila dapat pegang laptop ayah almaklumlah you tube tanpa sekatan....

( yang berbaju kuning tu anis dan baju putih ialah dekna )

Thursday, November 1, 2012

kenangan mengusik jiwa 14



Buang...

situasi (1)

Kakak anak sulung kak zu
tolong opah (emak kak zu) menyediakan air laici
susah sangat nak bukak tin air laici tu
rumah opah pembuka tin macam rosak jer
bila pusing pemulas dengan tin sekali terpusing sama

opah suruh kakak buang dulu  sirap laici tu
kakak tanpa membantah terus tuang sirap laici dalam sink
apa lagi terjerit jerit lah opah

opah-"kenapa di buang nya air tu"

kakak- "tadi opah suruh buang"

opah- "opah suruh buang dalam jug"

he he he

situasi (2)

Hari sangat panas ,opah dan dekna sedang berbual bual
opah  kesian tengok cucu nya berpeluh peluh

opah-"kesian dekna berpeluh peluh,buang dulu baju tu"

dekna-"sayang lah baju ni kenapa nak buang"

lagi sekali hehehe

Inilah padah nya kalau mak pak tak cuba memperkenalkan loghat daerah kat anak anak.Terus terang kak zu tak pernah gunakan loghat Patani yang selalu kak zu gunakan kat kampung kepada anak anak.Kak zu gunakan bahasa melayu yang biasa digunakan mereka.

Jadi bila emak kak zu cakap slang Patani dengan anak anak kak zu mereka tercengang cengang tanda tak faham.Maka akan terjadilah lain yang disuruh lain pulak yang dibuat.Sekarang bila anak anak dah mula besar mereka akan cuba ikut slang yang selalu opah diorang gunakan pastu ketawakan opah beramai ramai...

Buang dalam kes kakak ialah keluarkan dahulu sirap laici kedalam jug manakala buang dalam kes dekna pula ialah bukak baju yang sedang dipakai tu...

Teringat pulak kenangan  berbual dalam slang Patani dengan kawan kawan sekolah dulu.Loghat Patani kalau kat kampung kak zu akan kedengaran seperti cakap Kelantan + Trangganu sikit sikit