kawan kawan Kak Zu

Friday, December 20, 2013

mak sentap nak..

balik dari pasar..

kalut ibu kat dapur...

ayam masak kicap berempah..

sayur kobis..

cencaru goreng..

telo asin 3 biji..

sambal belacan tempoyak

ulam jering muda...

ibu berpeluh peluh dari kepala sampai ke kaki...

tup ..tup..

anak teruna datang ke dapur cakap..

"simple nya ibu masak"...

huwaaaaaa

korang tahu tak ??..ada lagi tak batu belah batu betangkup

-

-

-

-

btw..

kzu nak balik kampung lepas tekan butang publish ni..kenduri bederet deret menunggu..



 layan nasi kenduri minggu lepas..sedap habaq hang...

daaaaaa..



Friday, December 13, 2013

Lauk Semalam..

Salam Jumaat semua..semoga hari hari yang kita lalui sentiasa di bawah rahmat Ilahi...


Dah masak ker belum..kak zu belum lagi..pagi tadi sarapan pun lambat jadi nya makan tengahari pun lambat jugak ler..

Semalam ATIE ada tanya apa yang kzu masak..untuk tak menghampakan adik kzu yang cantik manis ni kzu pun tayang jugaklah menu masakan kzu semalam..lauk pauk simple jer..tapi tetap habis jugak di makan oleh anak anak kzu.maklumlah remaja sedang membesar sentiasa lapar sahaja..


Bila anak makan dengan bersungguh dan berebut rebut baki yang ada memang ibu akan rasa bahagia..semua ibu ibu di luar sana pun rasa macam apa yang kzu rasa kan ...betul tak??



kzu masak ikan siakap sweet sour...ayam goreng..dan ulam kobis dan bendi rebus sahaja semalam..

ada yang tanya takder sambal belacan ker..

ada.....

sedang ditumbuk ...

-

-

-

-

-

-

-

-

taraaaaaa...pembantu kzu yang macho lagi hensem menumbuk sambal sambil ditemani oleh dua ekor kucing kesayangan...



korang semua lunch apa hari ni...

Wednesday, December 11, 2013

sambal belacan dekna


WW
cuti sekolah ajak anak kedapur.ajar tumbuk sambal..takut terpercik mata bungkus lesung dengan plastik...


Saturday, December 7, 2013

Jemputan Kahwin

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak menulis di blog..asal bukak laptop idea hilang..terus tutup balik..tapi yang heran nya ..time potong bawang , time sidai baju mencurah curah idea nak menulis tu datang..haissss apa yang tak kena dengan diri kzu ni gamak nya...

Korang dah pergi bercuti ker.kzu dan family dah pergi..cerita bercuti tu lenkali lah tulis..tu pun kalau idea nak mengarang ada 'mari' lah..ikut nasib lah yer..

Sekarang ni kzu pasti semua orang sibuk memenuhi jemputan walimatulurus kan.kzu pun ada dapat jemputan jgk..boleh dikatakan tiap tiap minggu sepanjang cuti sekolah ni ada jemputan.Ada satu hari tu sampai dua tempat..yang mana sempat , kzu pergi..yang tak sempat tu minta maaf banyak banyak dengan tuan rumah yang menjemput..takder rezki

sebahagian kad jemputan kawin yng kzu dpat..ada yang dah di buang sebb dah lepas tarikh..

okeylah sampai sini dulu..tiba tiba rasa tak tau nak sambung cerita apa lagi...





Tuesday, October 29, 2013

Mak Ngah Dalam Kenangan

Assalamualaikum 

Ingat tk lagi entri kak zu mengenai mak saudara kak zu yang di panggil mak ngah SINI

Mak Ngah kak zu telah kembali ke rahmatullah pada hri isnin 21/10/13 yang lalu

bermakna sudah 9 hari mak ngah meninggalkan dunia yang fana ini

mak ngah di masukkan ke hospital kerana mengalami sakit di bahagian dada

pada hari terakhir emak kak zu di wad mak ngah pula berganti masuk spital

kak zu sempat jugak melawat mak ngah 2 kali selama arwah ditempatkan di wad CCU.

tak banyak perubahan yang ketara selama makngah di tempatkan di situ

dia masih boleh berbual bual dan boleh mengingati semua perkara yang terjadi...

kak zu lihat wajah nya biasa saja tak seperti orang yang menanggung kesakitan..

memang betullah...

kematian memang sentiasa menanti kita..

walau dalam keadaan sihat apatah lagi kalau kita sakit...

...............................................................................................................

mak ngah dari kaca mata kak zu sebagai seorang anak saudara  adalah..

arwah seorang yang kelakar..

bila berbual dengan dia selalu disulam dengan lawak jenaka nya

kadang kadang bila kita ada masalah..

masalah tu takkan jadi masalah lagi sebab dah tenggelam dek kata katanya yang 

kadang kala lucu dipendengaran kita..

sedangkan riak wajah mak ngah masih lagi selamba...

semasa kak zu budak budak dahulu

mak ngah dan keluarganya tinggal di kuala kangsar

mak ngah dan suaminya berniaga buah buahan 

kehidupan makngah boleh dikatakan agak senang 

berbanding anak beradik dia yang lain

termasuklah arwah bapak kak zu..

jadi..rumah mak ngah sajalah tempat kami sepupu sepupu 

akan selalu menghabiskan musim musim cuti persekolahan kami

kami tiada tempat lain lagi untuk di tuju..

jika tidak kerumah mak ngah maka cuti persekolahan kami

hanya akan kami habiskan di rumah dgn mengelilingi ceruk kampung sahaja..

bila suami makngah meninggal dunia 26 tahun yang lalu

mak ngah pulang kekampung dan mendirikan rumah di belakang rumah mak kak zu

rumah mak ngah dikampung juga selalu menjadi tumpuan saudara mara datang bertandang

kekadang ada saudara yang tinggal bersama makngah berbulan lama nya (balu sprti emak kzu juga)

kini mak ngah tiada lagi..

yang tinggal hanya kenangan manis yng kami lalui bersama sama dahulu..

hanya doa yang kami kirimkan untuk nya dialam sana..

Jenazah mak ngah di kebumikan di Kuala Kangsar

berdekatan kubur arwah suaminya...

semoga rohnya sentiasa tenang di sana.,,

Al Fatihah untuk mak ngah yang tersayang...












Wednesday, October 23, 2013

#WW#



Alhamdulillah bisnes maruku berkembang dengan jayanya...

Sunday, October 13, 2013

penyelamat kucing yang hensem

tajuk kemain lagi kan...

pagi pagi buta lagi kucing kzu dah buat onar..panjat gril tingkap sampai atas pastu tak boleh turun..terpaksa lah abang megat kena keluar rumah dah memanjat sama untuk jadi penyelamat...





macho sangat ko bang bila bab panjat manjat ni..love you bebeh..

happy weekend uoll...

Thursday, October 10, 2013

Cerita hari ni...


Assalamualaikum....

Pagi ..

sibuk ngan kelas tafsir Al Quran dan kelas Tajwid

Tengahari ..

Sibuk memasak..

ambil anak hantar anak ke sekolah

Petang..

Sibuk berulang alik ke hospital..

emak kak zu dah sepuluh hari dekat wad

kencing manis kadang tinggi sampai takder nombor

kekadang tu rendah sampai boleh pitam

haihhhh dugaan sungguh...

Malam pulak...

Sibuk ngan drama bersiri ..

ajar anak ngaji...

teman anak buat kerja sekolah..

main candy crash hahaha..

tido...

dan hasil nya ialah

-

-

-

-

-












tiga bakul besar baju yang belum berlipat..kat ampaian ada lagi satu penyidai...


Nak mandi pagi tadi baru perasan yang shampoo dah habis..sabun mandi dah tinggal sikit..ubat gigi pun dah kemek kemek kerana dok picit sampai penghujung..lebih parah lagi bila jenguk dalam tong beras memang cukup cukup untuk sekali masak jer lagi...

Malas nak tunggu En laki balik dan teman beli barangan dapur kak zu pergi sendiri lepas habis kelas mengaji pagi tadi...Orang shopping awal bulan kak zu shopping pertengahan bulan..



Balik dari tesco kak zu singgah beli lauk kat gerai tepi jalan.Tiba tiba perut kak zu terasa pedih sangat tanda dah lapar nasi...tengok jam dah pukul 12.30 tnghari ..patut lah lapar..terus order nasi putih sekali..Ada makcik sorang pnadang jer bila kak zu minta bungkuskan nasi..mesti dalam hati makcik tu kata "bini sapa lah pemalas sangat ni sampaikan nasi pun bantai beli "..hehehe..cheq lapaq teketaq ketaq dah makcik oiii..nak tunggu masak nasi mesti lagi lambat....satgi cheq rebah sapa yang susah...

oklah kak zu nak bersiap siap nak ke hospital melawat emak kak zu pulak..Doakan emak kak zu boleh keluar wad besok yer..dah cemuihh dok bau ubat kat spital tu tau....

Monday, October 7, 2013

Rawan...

Dah seminggu emak kak zu dekat wad di Hospital Taiping kerana kadar gula dalam darah nya teramatlah tinggi sampai "tak leh baca".dos untuk insulin sudah dinaikkan ,pun macam tu jugak..kak zu dah blend peria katak dan epal hijau utk emak kak zu minum pun tak jalan jugak.degil sungguh gula ni takmau turun turun..sekarang ni mak kak zu minum air buah melada pahit pulak.kalau tak turun jugak kadar gula dalam darah tu, kak zu pun tak tahu nak buat macam mana dah.Berserah pada doktor disamping berdoa kepada Allah Taala sahaja..

Tiap tiap hari kak zu berulang alik ke hospital.Banyak kerja yang tergendala.tapi semua itu tak menjadi masalah kerana berbakti kepada orang tua lagi besar ganjarannya..


Pagi tadi semasa mengemas bilik kak zu terjumpa satu bungkusan plastik hitam.Bila dibuka plastik tu rupanya berisi kain untuk dibuat baju yang tak sempat dijahit masa nak raya aidilfitri dahulu.Dah siap berjahit tepi.Ada dua pasang semuanya.Dalam plastik tu jugak dah siap ada benang dan zip,butang dan cangkut kain pun semua nya dah siap ada.Macam mana boleh terlupa pun taktau..hehehe

Makanya selepas habis mengemas dan mengemop lantai,kak zu pun merempitlah mesin jahit LUX ku itu.Harap dapatlah siapkan dan bolehlah dipakai masa raya haji nnti.Beginilah kalau jahit baju sendiri,kadang kadang tu berbulan bulan nak siap sehelai baju.Kalau bukak kedai jahit dah lama gulung tikar...


Bila dah leka menjahit baru perasan jam dah nak dekat pukul 1200 tengahari.Pukul 1230 anak anak nak balik dari sekolah.Dalam kepala dah berkira kira nak buat masak kicap ayam,sekalinya baru perasan ayam masih lagi dalam tempat beku.Memang tak sempatlah nak tunggu ayam tu mencair.Jenguk jenguk dalam fridge jumpalah saki baki ikan pekasam.sayur kobis ada lgi secoit.Telor memang sentiasa ada stock.Ulam tu beli minggu lepas tapi lupa nak makan,nasib masih elok lagi.nak bagi berselera kak zu tumbuk sambal belacan taruk mempelam muda.pung pang pung pang jadilah juadah tengahari kak zu dan anak anak yang ala kadar jer..anak kak zu suka makan ikan pekasam yang digoreng garing,tu yang nampak macam hangit sikit kan .

Tu jerlah cerita kak zu untuk kali ini.Entah bila lagi nak buat cerita baru pun taktau.Mood kelaut ajer menjak dua menjak ni.kadang kadang tu baca blog kawan kawan pun tak tau nak tinggalkan komen apa.Terima kasihlah pada kawan kawan yang masih  lagi sudi jengok keblog kak zu yang dah suam suam kuku tu..








Sunday, September 22, 2013

sabtu dan ahad kami

Assalamualaikum semua..sihat ker..semoga semua kawan kawan kak zu sentiasa dalam lindungan Allah Taala selalu.

Semalam hari Sabtu kak zu balik kampung menjenguk emak yang tinggal sendirian di sana.Emak kak zu dah balik ke rumah nya dah lebih dari dua minggu.Dah puas dia duduk di rumah kak zu dia merengek nak balik duduk rumah dia sendiri pulak.Kak zu faham kehendak orang orang tua ni,walau selesa hidup di rumah anak menantu dia tetap nak balik ke rumah dia sendiri juga.kak zu tak membantah kalau emak meminta dihantar ke kampung.Tiap tiap hari kak zu akan menelefon dia bertanya kan keadaan nya..

Walaupun tinggal seorang diri tetapi bila malam hari mak ngah dan juga seorang lagi jiran yang juga ibu tunggal akan datang berhimpun meneman tidor..kadang kadang emak kak zu akan bermalam di rumah makngah.Kurang sikit kerisauan kak zu bila emak dan mak ngah saling teman menemani bila malam menjelma..

Semasa kak zu di kampung rumah emak kak zu didatangi penjual kain orang kemboja.tiap tiap bulan ada saja penjual kain ni masak kampung.Kalau musim buah buahan lagi ramai yang datang.bukan sahaja orang kemboja tetapi orang siam patani juga ada.seingat ingat kak zu dari zaman kak zu kanak kanak lagi penjual dari Patani ni dah masuk kampung kak zu dengan menjunjung barangan mereka.Macam macam benda diorang jual.dari kain baju hinggalah ke periuk balanga.

Jika takdir Allah kak zu ada di kampung selalulah kak zu beli barangan dari penjual ni.Antara barangan yang kak zu pernah beli ialah periuk besar harga RM 30, kain pasang,sepit rambut untuk anak anak ,kain batik dan banyak lagi.lupa plk sebab dan bertahun tahun kan...

Dan semalam kak zu beli lagi kain pasang dari penjual orang kemboja ni.Kesian pulak tengok bag penjual tu masih lagi penuh sedangkan hari dah dekat pukul 5 ptg.kak zu beli dua pasang.



kata penjual tu ini corak terbaru.yer ker baru ???..rasanya raya hari tu ipar duai kak zu dah pakai corak begini..kak zu tak amik pun yang ni.

haaa...kak zu ambik yang warna kuning tu.harga asal RM65 tapi dia bagi kak zu RM50 sebab katanya nak kurang kan beban bag dia..haha..dan yang hitam bercorak hijau tu harga asalnya RM40 dan dia bagi RM25..murah ler jgk...

Dan hari ni hari Ahad adalah rutin kak zu melawat anak sulung kak zu kat asrama.Disebab kan jarak asrama dgn rumah adalah kurang dari setengah jam jadi bolehlah tiap tiap minggu kami melawat dia.Melawat angah pula adalah sebulan sekali sebab asrama dia jauh sangat nun di Balik Pulau sana.


Hari ni kak zu bawakan makanan dari rumah.kak zu bawak nasi berlaukkan lemak ketam ,sambal bilis dan ikan bawal goreng.yang warna hitam dalam bekas tu ialah kek coklat moist.ambik ko air satu botol beso..haha..kakak makan tak angkat muka dah..sedap sangat ler gamak nya tuh..

makin lebaq tak muka kak zu sekarang ni..tudung tu baru beli hari jumaat baru ni ..saja nak cerita jugak...Abang Megat tu mmg sengaja suka sebotaj gambar..menci7x

Monday, September 16, 2013

selamat bercuti hari Malaysia


Selamat berhari Isnin dan selamat bercuti hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan kepada kawan kawan blogger yang bekerja khasnya..surirumah macam kakzu ni mana ada cuti..lagi sibuk bekerja didapur adalah..

Sarapan apa pagi ni.kak zu pagi ni gigih sediakan sarapan omputih style..haha..pancake ataupun tekak melayu sebut lempeng mentega...

Selepas buat sarapan terus bersilat kat dapur memasak untuk hidangan tengahari pula..sekarang ni kak zu sedang tunggu abang megat pi kedai beli nyok atau kepala untuk masak lemak kobis dan udang.kak zu masak awal awal ni sebab anak anak kakzu bersiap nak balik asrama..

cuti cuti ni kawan kawan semua berjalan kemana..



Monday, September 9, 2013

Selamat hari Lahir Megat izzuddin dan Puteri Nurliana..

Assalamualaikum...

Hari sabtu yang lepas iaitu 7/9/2013 ialah hari lahir anak ketiga kak zu iaitu PUTERI NURLIANA yang ke10 dan hari ini 9/9/2013 ialah hari lahir anak kedua kak zu iaitu MEGAT IZZUDDIN yang ke 14 tahun.Disebabkan hari sabtu adalah hari bersekolah ganti jadi takder lah kak zu buat party bagai..lagi pun angah kan tinggal di hostel jadi tak sampai hati nak buat birthday party tanpa angah bersama..



puteri nurliana amira (dekna)



dekna dan kakak

anis dari rumah berselendang cantik.bila keronsang dia tercabut terus terbang melayang selendang dia.

Dekna (nurliana) cuma minta nak makan mc d.Jadi dengan senang hati nya kak zu belikan beberapa set mc d dan kitaorang pergi makan dekat hostel kakak Yasmin..takder kek pun sebab dekna tak beria ia mintak pun..kak zu cuma hadiahkan jam tangan untuk dekna.dan yang best nya anis pun dapat jam tangan jgk..


Seperti ibu ibu yang lain kak zu juga mendoakan hanya yang baik baik sahaja akan mengiring perjalanan kehidupan anak anak kak zu ..semoga anak anak ibu menjadi mukmin yang bertakwa dan meletakan ALLAH ditempat yang teratas dalam hidup kalian.


Friday, September 6, 2013

Salam Jumaat

Assalamualikum semua

Buat renungan di pagi hari Jumaat yang penuh baraqah ini


Saat hati berkata "INGIN" namun ALLAH berkata "TUNGGU"

Saat air mata harus menetes,namun ALLAH berkata "TERSENYUMLAH"

Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN" namun ALLAH berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...


Kita merancang, ALLAH juga merancang,
tetapi perancangan ALLAH lebih baik dari apapun.

Maka dari itu, jangan berburuk "SANGKA" kepada ALLAH
Sebab belum tentu "BURUK" menurut kita, tetapi "BAIK" menurut ALLAH.

SUBHANALLAH
Maha Suci ALLAH yang telah memberikan kita kesejukan dan ketenangan hati untuk siapapun
Semoga hati kita selalu diberi-Nya petunjuk dan hidayah agar kita tetap berada dijalan yang ALLAH ridhai. Aamiin...
 
 
 
 
*sumber fb




Tuesday, August 27, 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum..

Cadangnya minggu lepas nak cerita kan cerita hari raya kak zu yg biasa biasa saja tu..tapi musibah melanda kak zu terkena penyakit kayap jadi sunyi sepi lagilah blog yang dah sedia sepi sejak akhir akhir ini..

kak zu pun takmau ketinggalan nak bercerita mengenai sambutan hari raya tahun ni..tahun ni kak zu sambut hari raya tanpa abang megat disisi.dia berkerja pada hari raya.berkhidmat untuk rakyat malaysia.kak zu bangga dengan suami kak zu..eceh.hari raya kedua baru abang megat dapat cuti.jadi mood nak bergambar tu mmg kelautlah. gambar yang ada ni pun gambar yang ntah haper haper...

Sebenarnya mood kak zu nak sambut raya tahun ni tak berapa nak ada.bukan sebab kerana tak dapat sambut bersama abang megat tetapi kerana kesihatan emak kak zu yang tak berapa memberangsangkan.kesihatan emak kak zu tak menentu bermula dari sebelum ramadan dan berlanjutan sehingga dekat nak raya. ini juga sebab musabat kenapa blog kak zu bersawang sepanjang ramadan yang lalu.tapi bila mengenangkan kegembiraan anak anak yang nak sambut hari raya kak zu buatlah serba sedikit persiapan raya seperti kuih muih dan baju baru..

gambar dari henfon cap ayam saja.kak zu dan biras..

kak zu dan ipar duai yang datang beraya kat rumah emak kak zu di kampung
wanita wanita yang paling cantik dalam hidup kak zu emak dan emak mertuaku


kereta baru kak zu dah jadi macam van sekolah.riuh rendah suara anak anak dan anak menakan dok bergurau senda.ni gambar semasa kami dalam perjalanan ke sabak bernam utk melawat atok abang megat.



syawal tambah beerti bila berkesempatan bertemu MAK CHAQ 

http://makchaq-entahlah.blogspot.com/ 

rupernya PAKCHAQ ialah bapa saudara kawan sekolah kak zu dulu






PAK CHAQ dan anak beranak



Gambar sekeluarga memang tak ambik tahun ni.dah kata takder mood nak beraya mmg begini jerlah gambar gambar hari raya kak zu tahun ni..gambar hari raya kengkawan semua kak zu tengok kemain gempak lagi...













Monday, August 19, 2013

kayap bukan kaya

Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat lagi untuk kak zu mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan kawan blogger yang kak zu sayangi dan rindui selalu.

Sebenarnya banyak yang kak zu ingin kongsikan cerita disini.namun ada sahaja halangannya.kita manusia hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan nya.

Semasa kak zu menaip entri ni kak zu sedang berperang dengan rasa sakit dan pedih akibat penyakit kayap..kak zu ingatkan rasa pedih dan merah ni akibat menggaru semasa tido.bila ke klinik baru tahu bahawa bekas merah dan pedih ni adalah penyakit kayap.alahai..lepas raya duit pun dah banyak habis kayap pun datang..

Orang sibuk bercerita kisah hari raya kak zu dok sibuk cerita kisah penyakit pulak..cerita raya kakzu biasa biasa saja.kak zu dan anak anak sambut raya pertama dirumah mentua walaupun suami kak zu berhari raya jauh di tengah lautan..

okeylah nanti kak zu sambung lagi berceloteh..nak sapu krim kat tempat kayap ni.

Thursday, July 4, 2013

dapat dua cucu


bila kak zu bukak laci nak kemas baju ..si merah ni yang masuk...

pastu dia asyik dok menggaru garu lantai laci tu..kak zu dah agak mesti dah sakit nak beranak ni..cepat cepat kak zu siapkan kotak untuk dia...


kak zu urut perut dia sambil dok layan drama TEDUHAN KASIH hari selasa hari tu..gila betul kucing kalau dah terlampau manja..nak beranak pun kak zu kena jadi bidan dia..akhirnya dah habis drama tu dia pun beranaklah bila kak zu off tv dan suruh anis dan dekna main jauh jauh..

dua ekor jer anak dia..dua dua jantan..sekor warna cam maknya dan sekor lagi warna mcm apaknya..warna putih..

Tuesday, July 2, 2013

Ingat kan air oren

Assalamualaikum...


Kak zu ada dua orang emak saudara..

keduanya duanya dari sebelah arwah bapak kak zu

seorang kak zu panggil makngah

dan seorang lagi di panggil mak njang..

kedua dua nya berumur lebih 65 tahun

mak ngah mengalami masalah rabun atau katarak sebutan la ni

sementara mak njang pulak ada masalah jantung

mereka berdua tinggal di kampung

rumah emak emak saudara ni terletak

di belakang rumah emak kak zu

mak ngah seorang balu..

sementara mak njang masih lagi bersuami

baru baru ini mak ngah ada datang bermalam 

di rumah kak zu..

mak ngah bebas di sana sini sebab tidak bersuami lagi

mak ngah dan emak kak zu  memang kamcing

mungkin sebab kedua duanya adalah janda bergetah

semasa di rumah kak zu kedua duanya amat mesra sekali

berbaring sambil berbual dan ketawa bersama..

sementara kak zu sibuk dengan kerja kerja rumah

kak zu tak benarkan mereka berdua ni menolong membuat kerja memasak

kerana sebagai tetamu sepatutnya emak dan makngah

duduk berehat rehat sahaja..

selesai memasak kak zu mengemop lantai pula...

kak zu menggunakan pencuci lantai jenama AJAX FABULOSO

berharuman lemon..

makngah datang membelek belek botol pencuci tersebut

sambil bertanya " air apa dalam botol ni '

kak zu pun menjawab " pencuci lantai "

kemudian mak ngah menjawab

" ingatkan air oren ..nasib mak ngah tak minum lagi "

hahahaha.....

masa tu kak zu gelak sampai sakit perut

tetapi sekarang ni kak zu jadi sedih pulak..

sedih dan takut nak menghadapi hari tua..

tua dengan mata yang rabun dan terbatuk batuk...

harap harap orang muda

akan melayan kak zu dengan baik

bila sampai masa  kak zu tua dan berkerepok nanti.....


pencuci lantai ni lah yg disangka air oren oleh mak ngah disebabkan masalah penglihatan nya...

Monday, July 1, 2013

semperit gebu

Assalamualaikum...

Sekarang ni asal bukak FB jer ada lah umat manusia yang upload gambar kuih muih.Belum puasa lagi dah belambak lambak biskut raya semua di pasaran.

DiSebabkan sakit hati dah sampai tahap gaban kak zu pun bikin sendirilah kuih semperit aka biskut dahlia ni..kak zu sakit hati bukan kepada org yang menjual nya tapi kepada diri sendiri, kerana biskut yang senang kacang camtu pun tak boleh nak buat sendiri..

Setelah di paksa paksa kan diri sendiri yang pemalas ni maka terhasillah kuih semperit ku.Kali ni kak zu guna resepi yg ambik dari FB.menjadi jugak hasilnya.Alhamdulillah...


1 buku butter
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung ubi kayu
2 cawan tepung gamdum

1 biji kuning telur
1 tk esen vanila
ceri utk hiasan.

Sebab sukatan nya menggunakan cawan tu yang kak zu gagah buat jgk.Setakat ni dah habis sebekas dimakan oleh anak anak dan juga ibu anak anak.Nak hilangkan sakit hati kenalah ibu anak anak makan lebih dari anak anak kennnn!..haha

Wednesday, June 26, 2013


WW

menunggu hari nak beranak.tak lama lagi kak zu dapat cucu..hehe

Friday, June 21, 2013

Nasi Arab di Ipoh

Assalamualaikum

Al kisahnya beberapa bulan yang lalu kak zu baru perasan yang buku ac Amanah Saham Bumiputra kak zu tak der dalam simpanan.Dah geledah semua tempat namun tak ketemu juga.Setelah di tanya pada kerani di pejabat pos barulah kak zu tahu yang tempat untuk mebuat buku baru ialah di PNB Ipoh atau pun seberang prai yang paling dekat..

Allah mentakdirkan yang abang Megat juga kena buat ujian telinga dekat Pakar Perubatan Ipoh atau KPJ Ipoh. Ujian telinga sangat penting bagi orang yang bekerja di pelantar minyak.Jadi hari ni kami suami isteri pun pergilah ke Ipoh untuk menyelesaikan urusan masing masing.temujanji abang megat dengan KPJ Ipoh ialah pada pukul 2 petang.Jadi lebih kurang pukul 1030 pagi kami pun bertolaklah dari rumah menuju ke destinasi..

Urusan kak zu di PNB tidaklah lama cuma yang lamanya ialah berpusing pusing mencari parking.3 kali pusing kawasan yang sama baru ada rezki.Kak zu kena bayar RM20 untuk buat buku baru.Duit simpanan tak banyak mana pun tapi bila buku ASB tu hilang kak zu jadi runsing sebab tak boleh  masuk kan duit utk menambahkan simpanan.sikit sikit lama lama jadi bukit tau..

Dah selesai urusan di PNB kak zu dan abang megat pun mencarilah tempat untuk lunch.Kak zu dah terbayang nak makan nasi arab.Setelah bertanya kepada seorang kawan yang bekerja di kawasan Ipoh maka kak zu dan abang megat pun terus ke lokasi yang diberitahu.Alhamdulillah senang saja mencari kawasan tu..Nama restoren tu ialah MALIKA SABA yang terletak di belakang bangunan MBI (Majlis Bandaraya Ipoh)



chicken mandy utk abang megat dan lamb mandy untuk kak zu.Abang Megat baru balik ke rumah hari selasa hari tu.Muka penat belum habis lagi...hehe


gaya harus ada.poyo jer kan kak zu ni.Nasi dia sangat banyak.kak zu dan abang megat makan tak habis.belum sampai hidangan sampingan yang lain kak zu dah bedal dulu nasi tu.dah pukul 130 ptg kelaparan mmg tak leh ditahan tahan lagi.Nasi dia mmg sangat sedap..


Kak zu pernah makan nasi arab kat Cyberjaya tahun lepas iaitu di Restoren Saba.Rasa lebih kurang sama jer.kat Taiping belum ada lagi restoren makanan arab ni.bila nak ada wallahualam taktau..disebabkan makan dengan banyak nya disiang hari maka kak zu kenyang sampai ke malam..dasat sungguh penangan nasi arab ni..

kak zu dan abang megat makan

-sepinggan chicken mandy
-sepinggan lamb mandy
-semangkuk mushroom soup
-teh o ais limau dan segelas fresh orange

semuanya RM50

dah selesai makan terus ke KPJ.semuanya ok dengan telinga abang megat.masih boleh mendengar kata hehe..kiranya tahap bebelan kak zu tak berapa teruk lah..kalau bebelan kak zu teruk sangat mesti doktor bagitau ada kesan nanah atau gegendang telinga pecah..kak zu boleh teruskan aktiviti bebelan seperti biasa...hahaha..(terpulang kalau ada sesiapa nak percaya.)

kami bertolak balik ke taiping pukul 5 ptg setelah berpusing pusing dalam Green Town Mall tanpa membeli apa apa kerana gaji belum terima lagi..Rasa nya kalau hari gaji mau lepas maqrib baru bertolak balik ke Taiping...

itu sajalah cerita hari khamis kak zu...

Tuesday, June 18, 2013

mak dah selamat operate mata

Assalamualaikum...

Hari Khamis yang lepas 13hb kak zu balik kampung ambik mak,sebab mak kak zu nak kena masuk wad hospital Taiping 14hb tu utk operate mata nak pasang kanta..Alhamdulillah setelah berulang alik lebih kurang 7 bulan ke klinik mata dapatlah mak kak zu pasang kanta kat mata kirinya yang dah rosak teruk di sebabkan oleh penyakit kencing manis..

Pagi Jumaat tu kak zu pun bawaklah mak ke hospital..abang kak zu yang tinggal kat KL pun ada balik jgk sekeluarga..mak ngah kak zu pun ada datang bermalam kat rumah kak zu juga..suasana rumah memang meriah dengan galagat anak anak sedara kak zu..

Lama jugak kat klinik mata tu sebelum dpat masuk wad.Yang membimbangkan kak zu tekanan darah dah bacaan gula dlam darah mak kak zu adalah tinggi.kak zu risau takut tak boleh dioperate mata mak kak zu tu.dah lah susah nak dapatkan tarikh tamu janji.klu tak boleh buat kena tunggu lagi temujanji baru,mungkin  3 ke 4 bulan lagi selepas ni..

pukul 11 pagi dah settle hantar mak masuk wad kak zu pun balik ke rumah..malam nanti kak zu akan bermalam kat hospital untuk teman mak kak zu..anak anak kak zu kat rumah tinggal dgn abang dan kakak ipar..balik dari hospital kak zu terus ke farmasi untuk membeli minuman kesihatan untuk pesakit kencing manis.


 gambar google.

Inilah minuman kesihatan keluaran Fadhilat Herb.selepas diminum berkali kali air ni bacaan gula dalam darah emak kak zu pun turunlah ke tahap 6..sebelum minum air ni bacaan gula adalah 'tinggi sampai takleh baca 'kata nurse yang bertugas tu..Alhamdulillah ..makna  nya pembedahan memasang kanta boleh di teruskan..amin laju laju..

Kak zu temankan emak kat hospital malam tu..keesokan harinya pagi sabtu tu emak kak zu pun di bawak ke bilik pembedahan mata.selepas sejam semuanya dah selesai..petang hari yang sama dah boleh keluar hospital..

Bila kat rumah kak zu kena jadi nurse sekejap.setiap 2 jam kena titik ubat ke dalam mata emak kak zu...masa muda dulu apply nak jadi nurse tak berjaya,skrg dah jadi nurse tak bertauliah pulak..hehe

Bila dah ramai ramai kat rumah memanglah tak sempat nak jenguk blog..Abang kak zu balik ke KL pada hari Ahad..sekarang rumah dah sunyi sepi tinggal kak zu dan mak sahaja kat rumah.Mak kak zu sekarang ni siang malam berkata mata hitam jer...hehehe silau beb!

terima kasihlah pada Atie Yusuf yang asyiklah dok ketuk ketuk pintu rumah kak zu ni..ingat jgk atie kat kak zu yer..sayang atie ketat ketat...













Wednesday, June 12, 2013

lima hari punya cerita..

Assalamualaikum...

Dah lima hari rupernya kak zu tak update blog..banyak urusan yang nak kena selesaikan..kenapa yer sejak akhir akhir ni seperti tak cukup masa 24 jam yang Allah berikan..Semuanya seperti terkejar kejar nak buatkan itu ini..Kak zu memang tabiklah pada kawan kawan blogger yang dapat up entri baru setiap hari..

okey..di bawah ni kak zu nak senaraikan apa yang disebukkan sangat dalam lima hari tu sampai biarkan blog ni bersawangan disana sini..last entri kak zu ialah pada hari Jumaat lepas..

HARI SABTU

kak zu ada kelas belajar buat maruku..mula pukul 930 pagi..awal awal pagi kak zu dah masak untuk anak anak .menu simple saja.nasi lemak,sambal bilis dan ayam goreng..makanlah wahai anak anak sementara nak tunggu ibu habis kelas kul 12 tghari nnti..


gambar kat kelas buat maruku..3 jenis bayar RM200..mahai tak???..bagi kak zu mahai..tapi takper banyak ilmu dan tips yang diperolehi untuk menghasilkan maruku yang sedap..

kelas maruku habis pukul 12 tghari.berdesup balik..rehat sekejap..pastu kak zu memenuhi jemputan kenduri tahlil rumah jiran merangkap kawan sekolah dulu..duduk tak lama pun..

Lepas solat zohor kak zu gunting kain putih untuk buat baju sekolah kakak...baju yang buat masa awal tahun dulu terbakar kena seterika panas..biasalah bila duduk hostel ni..kalau tak hilang..rosak..lepas gunting hantar jahit tepi..

lepas solat asar berdesup kedai cermin mata kat Tesco..anak anak pompuan kak zu semuanya dah rabun macam kak zu juga..terbang melayang berapa ratus buat cermin mata untuk dekna dan kakak.Anis dah lama pakai cermin mata....

Malam lepas makan malam pulun jahit baju sekolah kakak.lepas dah siap jahit..siapkan baju sekolah si Angah pulak sebab esoknya dah nak hnatar balik ke hostel..kak zu tido pukul 1 pagi..penatkan jadi ibu ni...

HARI AHAD

Awal awal pagi dah masak untuk Angah yang nak balik hostel di Balik Pulau..Dah siap masak ,hidangkan dan siapkan diri kak zu pulak untuk menghantar angah..Abang megat dah naik kerja jadi urusan menghantar anak anak semuanya terletak di pundak ku..hehe

Dah siap semua tiba tiba angah suruh potong kaki seluar dia pulak sebab labuh..merempit lagi mesin jahit kak zu..nasib sehelai saja..

Keluar rumah pukul 12 setengah..singgah beli barang angah dan isi minyak kereta..dengan lafaz bismilah dan doa naik kenderaan kak zu membelah lebuh raya utara selatan menuju ke balik pulau..Penang..sepanjang jalan hujan..kena berhati hati dan tak boleh mengantuk. tiba tiba perut terasa lapar,baru tersedar kak zu belum makan dari pagi..sibuk sgt siapkan anak diri sendiri yg terabai..singgah makan KFC kat balik pulau..lepas solat jamak qasar zohor dan asar kat surau MRSM kak zu terus balik..misi seterusnya untuk hntar kakak ke asrama pulak..

Sampai rumah pukul 5 ptg terus hantar kakak dan sebelum pukul 7 malam kak zu dah ada dirumah..bagi anis dan dekna makan ,solat magrib..ajar ngaji dan mula mengiron baju sekolah utk budak berdua tu..kaki kak zu dah mula terasa sakit ,mungkin sebab asyik main minyak dan brek masa memandu..dah siap iron baju ,buat itu buat ini terus tak sedar masa berjalan dengan pantasnya..kak zu tido pukul 1230 mlm..letak kepala ,belum habis baca doa tido kak zu tak tertido dulu...hehe

HARI ISNIN

Misi nak mengambil hadiah anniversary pukul 11 pagi..selepas anak anak dah pergi sekolah,kak zu pun macam lipas kudung kemas rumah yang macam tongkang pecah dikerjakan oleh anak anak sepanjang 2 minggu sekolah bercuti..kemas dapur..kemas ruang tamu..kemas keempat empat bilik.. bilik yang anak anak dah balik ke asrama kak zu salin semua cadar dan selimut..tiba tiba dpat mesej kata hadiah takleh ambik pukul 11..kena amik petang...dan dan slow buat kerja kemas mengemas ni..penat tau buat kerja laju laju bila dah berumur 40 tahun ni tau..

Petang selepas hantar anak2 ke kelas KAFA,kak zu dan ditemani dua orang kawan baik pun bertolaklah ke tempat yang nak ambik hadiah anniversary tu...

Inilah dia hadiah anniversary kak zu dah abang megat yang ke 17 tahun.sebuah kereta toyota innova.nak pakai estima tak mampu..hehe..no plate tu sempena tarikh perkahwinan kak zu dan abang megat..7/6/1996..Alhamdulillah rezki dari Allah..lepas ni selesalah sikit anak anak kak zu kalau kitaorang nak berjalan jauh..anak anak dah besar memang tak sesuai guna kereta sedan lagi..lepas ni boleh angkut mak bapak sekali dalam satu kereta...insyaAllah...kereta lama bolehlah abang megat gunakan buat berulang ke Trangganu..

HARI SELASA

kak zu ingat nak menjual maruku.bila dah bayar mahai mahai waktu belajar haruslah kena manfaatkan apa yang telah kita pelajari tu kan..kak zu dah tanya tauker kedai runcit untuk letak maruku kak zu tu.tokey kedai tu kata 'no problem'..

so..misi mencari barang barang utk buat maruku diteruskan...kawan kawan cikgu sekolah pun ada yang nak bawak maruku kak zu tu ke sekolah..alhamdulillah..dapatlah kak zu cari duit poket sendiri..

Sebelah petangnya ,kak zu pun bermarukulah dari pukul 4 sampai pukul 6 ptg..penat jugak rupernya yer buat maruku ni..tapi takper..nak cari duit poket punya pasal..ku redahkan juga...

HARI RABU.(hari ni)

Kelas fardu ain seperti biasa..hari ni dah mula guna kitab baru jilid ke 4 ..selesai kelas ada jamuan makan dari jemaah pengajian yang nak menunaikan ibadah umrah..alhamdulillah rezki lagi..

habis jamuan terus kelam kabut balik rumah.kak zu nak pack maruku untuk di letakkan di kedai runcit depan rumah tu..percubaan kali pertama..harap harap semua nya habis terjual dan pelanggan suka..

Sekarang ketika sedang menaip ,sekali sekala mata menjeling timbunan baju baju diatas sofa yang belum berlipat..sabar yer wahai kain kain ku semua..tuanmu ini ingin melepaskan rindu dendam pada blog yang lama sunyi sepi ni...

Haaaa..panjangkan entri kak zu ni..maklumlah lima hari punya cerita...terima kasihlah yang sudi singgah sini walaupun masa kak zu untuk BW mmg sangat sangat terbatas..tapi kak zu akan cuba juga menjengah blog kawan kawan semua yer...


*kenapa kak zu tak boleh nak ke blog blogger Norzila zakaria..klu norzila terbaca ni sila tinggalkan link blog norzila yer..

Friday, June 7, 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 17

Assalamualaikum dan salam Jumaat 

Kira kira 18 tahun yang lalu sewaktu kak zu sedang bekerja di sebuah bangunan pejabat dan gudang di daerah Petaling Jaya Selangor ,abang kandung kak zu yang juga bekerja di bangunan yang sama menyuruh kak zu menelefon emak di kampung.bila tanya kenapa dia cakap "taktau ..cakap dengan emak sendiri..."

Bila tiba waktu rehat kak zu pun ambil kesempatan guna telefon opis untuk telefon emak dikampung.Masa tu mana ada handfone macam skrg ni..lagipun masa tahun 90 an telefon tangan adalah sesuatu yang dianggap mewah.kalu gaji ciput empat lima ratus tak usah mimpi ler nak pakai henfon..

Bila dapat bercakap dengan emak barulah tahu bahawa kak zu telah dipinang orang...masa tu memang kak zu tengah 'kekosongan'..takder sesorang yang dipanggil kekasih atau 'pakwe'..mula mula tu terkejut juga tapi pandai control dengan buat buat gelak sambil bertanya kepada emak siapakah gerangannya..emak kak zu pun tak kenal juga orang yang nak meminang kak zu itu..

Kak zu serahkan sahaja segala keputusan ditangan emak.baik pada pandangan emak dan keluarga baiklah pada kak zu juga.kak zu kata pada emak asalkan tidak cacat seperti buta dan kudung serta sedap mata memandang ' mak terimalah'...( buta dan kudung pun klu Allah dah kata itu jodoh kak zu,tak boleh nak elak jugakkan)..MasyaAllah jahil nya kak zu masa muda remaja dulu..

Tapi emak tetap berkeras suruh kak zu balik kekampung dan berjumpa bertentang mata dengan orang yang merisik tu bagi puas hati..emak takmau dah bertunang nanti baru perasan ada yang tak kena dengan lelaki itu...emak kata perkara kahwin bukannya boleh dibuat main main..suka amik tak suka tinggal..kata emak lagi,biar kak zu tengok lelaki tu dan lelaki tu pun tengok kak zu jugak.baru adil..Rupernya dipihak lelaki pun sama juga..nak tengok sang gadis dulu baru nak buat keputusan ,suka atau pun tidak..(kak zu namakan jejaka itu "M" okey..hehe)

Jadinya pada hari Jumaat malam ,kak zu pun pergilah ke Pudu Raya utk pulang ke kampung.Tiket terakhir pada pukul 12 tengahmalam.Bayangkan dari pukul 6ptg dah tercongok kat situ.punyalah lama menunggu..

Pukul 5 pagi baru sampai Taiping.Bas paling awal utk balik ke Batu Kurau kampung kak zu tu pada pukul 7 pagi.Melangut lagilah kat stesyen bas subuh subuh buta tu.nasib ada kawan yang satu bas dari KL utk balik ke Bagan Serai.jadi taklah takut sangat menunggu sorang sorang dalam kesejukan pagi tu..

Sampai kat kampung apa apa hal qado tido dulu.emak sibuk dengan perancangan nak masak untuk rombongan merisik yang nak datang petang nnti.pagi tu jgk baru kak zu tahu ,rancangan mencari jodoh ni hasil usahasama makcik kak zu dan mak cik jejaka M.Dalam hati kak zu berkata kata "mesti jejaka M ni dah berumor , mengorat pompuan lain tak sangkut sangkut tu yg suruh emak yang carikan "...

Emak kata dengar dengar cerita jejaka M ni kerja kat tengah laut. Hati kak zu berbisik lagi "mesti hitam ni..habislah klu dapat anak mesti macam anak keling"..wakaka..baru nak datang merisik dah berangan sampai ke dapat anak..punyalah gatai..hehe

Petang seperti dijanjikan rombongan merisik pun sampai..kak zu pakai baju kurung bercorak kekuningan.rambut keringting setakat bahu dibiarkan lepas dan disepet berbunga di belakang.bermekap nipis ala kadar sahaja.(wlupun dah tahu dari awal jejaka M ni nak cari yang bertudung..saja tunjuk degil tak mau tutup kepala jgk hehe)

Seperti adegan merisik tahun  70an dan 80an dulu dulu..kak zu di suruh oleh emak saudara angkat dulung minuman ke depan dimana jejaka M berada.dengan malu malu kak zu pun berjalan lah kedepan angkat minuman dan hidangkan..masa sibuk dok atur cawan nilah jejaka M ambil kesempatan tengok/tenung /renung muka kak zu..(sekarang bila tanya jejaka M, berkenan kat mana masa tenung tu..dia jawap kat hidung yang mancung macam anak mami tu)..hehe

bila kak zu berpatah balik ke dapur..kak zu kena marah dgn emak saudara sebab kak zu berjalan laju dan langkah kak zu panjang katanya...huhu..dah semulajadi berjalan cepat.pastu kena paksa kedepan lagi hantar kuih muih pulak.dapatlah sekali lagi jejaka M menikmati wajah kak zu yang hitam manis pandang tak jemu ni ~eceh~...

Masa hidang minuman dan kuih tu kak zu pun ambil kesempatan kerling dengan ekor mata si jejaka M ni..aduhhhh hensem nya...kulitnya putih bersih dan tak nampak macam dah berumur pun.mulalah jantung kak zu pun dup dap dup dap..CINTA PANDANG PERTAMAKAH INI ???...mulalah terasa kekurangan diri..maukah jejaka M ni padaku yang berkulit gelap ni...takper kak zu akan tunggu keputusannya dengan jantung bergetar...hehe

Dah selesai semuanya..kak zu pun baliklah ke PJ utk meneruskan kerja seperti biasa...keputusan jadi ker tak acara atur jodoh ni adalah dalam masa dua tiga hari lagi..sambil buat kerja tu hati tak senang memikirkan keputusan dari pihak jejaka M ni..dalam hati berdoa moga moga jejaka M ni pun berkenan kan kak zu juga wlupun kulit kak zu gelap sikit dari dia..(skrg bila tanya ..dia kata "dulu tak perasan kulit gelap sekarang baru perasan..cissss hampehhh)..

Hari ketiga selepas balik dari kampung kak zu telefon emak dikampung (kes tak sabar punya pasal)..Alhamdulillah jejaka M pun berkenankan gadis Z jgk (kak zu ler tu)..hehe...rasa nak peluk cium tiang telefon depan opis tu bila dengar keputusan ni.kak zu dah tak guna telefon opis sebab takut kakak penyambut tetamu tu dengar perbualan antara kak zu dan emak.malulah weeee..

Rata rata gadis dan teruna pada masa tu berkahwin dengan pilihan sendiri.Jadi bila diorang dengar kak zu nak bertunang dengan jejaka pilihan keluarga mereka semua berasa cuak.ada yang tak percaya dan geleng kepala.gadis selincah kak zu pilih lelaki yang tak dikenali untuk dijadikan suami..tapi kak zu percaya seratus peratus pada pilihan keluarga...

Kak zu dan jejaka M bertunang hampir 7 bulan sebelum di ijabkabulkan.selama tempoh bertunang adalah 3 kali kami berjumpa itupun dirumah kak zu sambil ditemani adik lelakinya dan juga sepupu sepapatnya...ada suatu ketika dia datang ke stesyen bas sewaktu kak zu nak balik ke PJ.kami tak pernah keluar berdua duaan berpegangan tangan.jejaka M sangat menjaga akhlaknya semasa tempoh pertunangan berlangsung...itu yang membuat kan hati kak zu bertambah yakin dia akan mampu menjadi imam kak zu dalam kehidupan berumah tangga nanti..

Akhirnya pada tanggal 7/6/1996 pada petang hari Jumaat kami disatukan dalam ikatan suami isteri. keesokan harinya 8/6 kenduri di sebelah kak zu dan disambut meriah di rumah jejaka M pada 9/6/96..

Selepas itu bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri.masa ni lah baru nak mengenali hati budi suami yang tak pernah diketahui sebelum ni.kami bekerja keras utk memahami antara satu sama lain..maklumlah dua orang asing yang tak pernah bercinta sebelum ni akan berkongsi kehidupan bersama..Alhamdullilah semuanya menjadi mudah bila kita meletakan tujuan kita berkahwin adalah kerana Allah ditempat yang teratas..ibu mertua juga banyak membantu..oh ya !..dua minggu sebelum majlis berlangsung kak zu berhenti kerja kerana jejaka M takmau ikut kak zu menetap di Selangor. okey kita bina kehidupan baru di Perak..

Bergaduh ,merajuk dan berselisih faham tu semuanya asam garam dalam kehidupan berumahtangga..Gembira ,sedih ,bahagia dan berduka tu menambahkan warna warni dan rasa dalam kehidupan kami setakat 17 tahun ni..Doa dan harapan kak zu terhadap Abang Megat (jejaka M) semoga dia terus istiqomah dalam mendidik kak zu dan anak anak dlam kehidupan yang diredhoi Allah selalu..



Buat Abang Megat yang zu sayangi dan cintai dari dulu hingga kini..zu bukanlah isteri yang terbaik tetapi setiap hari zu selalu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dan sempurna..terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. semoga cinta kita hingga ke syurga..



kak zu teringin nak tunjukkan gambar kahwin tetapi tak boleh sebab masa bersanding kak zu tak bertudung..


*terima kasih pada kawan kawan yang ucapkan selamat pada harilahir kak zu dan juga puteri Yasmin..

Thursday, June 6, 2013

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG

gambar google sahaja.
Hari ni 6/6/2013 ialah tarikh lari lahir anak sulung kak zu yng bernama PUTERI YASMIN ATHIRAH BINTI MEGAT SHAHRIMAN yang ke 16 tahun..Doa dan harapan kak zu sebagai ibu semoga anak ibu ni bertambah dewasa dan matang seiring dengan pertambahan usia.

Kakak Yasmin dilahirkan pada hari Jumaat pada pukul 2.15 ptg seberat 4.16 kg..besar tak anak sulung kak zu tu??? kelahiran nya  menambah kecerian dalam keluarga kak zu dah abang Megat.kakak yasmin cucu sulung bagi keluarga sebelah ayahnya dan cucu yang ketiga dan cucu perempuan pertama disebelah keluarga kak zu.

 takleh tulis panjang panjang mengenai kakak sebab air mata ibu takleh berhenti mengalir...satu sahaja pesanan ibu untuk kakak "WALAU DIMANA SAHAJA KAKAK BERADA DAN AKAN PERGI INGAT ALLAH SENTIASA"insyaAllah hidup mu akan selamat anakku..dunia ini sementara sahaja ,janganlah kamu berleka leka didalam nya..

Sunday, June 2, 2013

sehelai tudung berwarna pink..

Assalamualaikum semua...buat apa petang petang ni..kak zu baru habis memasak utk makan malam ni..masak asam pedas tumis ikan duri jer...

Tengahari tadi riang ria makan kenduri sampai dua buah rumah..rumah pertama makan nasi minyak..rumah kedua cuma makan laksa dan ais cendul sahaja..alhamdulillah..bukan makanan yg menjadi keutamaan tetapi mengeratkan silaturahim dan ukhwah yg terjalin yg harus kita beratkan..

pagi tadi kak zu ke pasar minggu sempat rembat sehelai tudung utk pakai pergi kenduri...bila tgk warna pink mmg takleh jalan dah..mesti beli jgk..padahal kat rumah dah ada berhelai helai warna pink..minat pink mengalahkan anak dara sunti...hehe

Cuti sekolah ni memang tak boleh nak update blog hari hari..kalau sempat pun kak zu jadi kesian plk kat kawan kawan yang berkunjung keblog kak zu ni tetapi kak zu tk sempat membuat kunjungan balas..jalan paling mudah takpayah buat entri baru.baru adil bagi pandangan kak zu lah...


sila abaikan lengan abang megat yang putih dan licin itu..